Siakap Keli
sahabat arwah uitm dungun
Gambar: TikTok @ketbukannamasebenar

Sahabat Kongsi Momen Terakhir Bersama Khairil Anwar Buat Ramai Sebak

Sahabat Kongsi Momen Terakhir Bersama Khairil Anwar Buat Ramai Sebak

Momen kehilangan insan tersayang sentiasa mengundang rasa pilu, apatah lagi bila memori terakhir bersama mereka disimpan dalam bentuk video.

Begitulah kisah yang menyentuh hati ramai apabila rakan karib kepada Khairil Anwar Jamaludin berkongsi sebuah video terakhir bersama arwah.

Difahamkan, video tersebut direkodkan hanya empat hari sebelum kejadian menyayat hati membabitkan tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, berlaku.

Melalui akaun TikTok @ketbukannamasebenar, video tersebut memaparkan arwah dalam keadaan gembira dan ceria.

Siapa sangka, itu adalah momen terakhir bersama insan yang kini telah pergi buat selama-lamanya.

Tuhan telah detikkan hati untuk kita buat video ini bersama 4 hari lepas. Kini sahabatku telah tiada lagi didunia. Allah sudah menghantarkan seorang insan yang sangat ceria kepadaku 2 sem lepas. Satu kisah yang sangat manis bila dikenangan semula.

Tapi perancangan Allah itu memang hebat. Allah telah mengambil seorang insan yang aku sentiasa menanti jenaka dan tawanya yang lucu. Kini, Allah telah menguji aku dan juga keluarga serta sahabatnya yang lain. Ujian dimana kita kehilangan orang yang kita sayang,” luahnya dalam ruangan kapsyen.

Dia bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan memohon agar orang ramai mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Khairil Anwar dan rakannya serta doakan untuk keluarga arwah khairil dan yang lain dipermudahkan urusan,” tulisnya lagi.

@ketbukannamasebenar

Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Khairil Anwar dan rakannya serta doakan untuk keluarga arwah khairil dan yang lain dipermudahkan urusan. Tuhan telah detikkan hati untuk kita buat video ini bersama 4 hari lepas. Kini sahabatku telah tiada lagi didunia. Allah sudah menghantarkan seorang insan yang sangat ceria kepadaku 2 sem lepas. Satu kisah yang sangat manis bila dikenangan semula. Tapi perancangan Allah itu memang hebat. Allah telah mengambil seorang insan yang aku sentiasa menanti jenaka dan tawanya yang lucu. Kini, Allah telah menguji aku dan juga keluarga serta sahabatnya yang lain. Ujian dimana kita kehilangan orang yang kita sayang. Tiada kata lagi yang mampu aku katakan kepadamu sahabat. Terima kasih Ya Allah kerana telah pertemukan aku dengan hambamu yang periang ini. Selamat Jalan ke rumah abadi. Bunga abadi yang mampu kuberikan kepadamu hanyalah Al-Fatihah didalam doaku. Pertemuan dan perpisahan kita semuanya Rahsia Tuhan. Nota kaki: Nak letak surah risau baca tak habis. Maaf jika saya letak lagu.

♬ original sound – officialnohsalleh – officialnohsalleh

Dalam perkembangan lain, Khairil Anwar dikatakan sempat menghadiahkan ‘gold bar’ buat ibunya, Norma Mohammed Nor, 52, sebelum nahas berlaku, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, arwah juga membelanjakan wang simpanan untuk penginapan mereka sekeluarga ketika menghantar arwah ke universiti.

Tiga penuntut UiTM Dungun maut dalam kemalangan

Sebelumnya, Bernama melaporkan tiga penuntut UiTM Dungun maut manakala seorang parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura, Kuala Terengganu.

Laporan awal mendapati nahas itu melibatkan motosikal  jenis Yamaha LC135 dan Yamaha Y15 yang ditunggang mangsa berusia lingkungan 20-an dan kereta Honda CRV dipandu seorang wanita.

“Kereta berkenaan merempuh kedua-dua motosikal itu dari arah belakang ketika dalam perjalanan ke universiti. Satu daripada motosikal itu terseret hampir 60 meter.

“Kedua-dua penunggang dan pembonceng Yamaha LC135 maut manakala seorang yang menaiki Yamaha Y15 cedera dan seorang lagi meninggal dunia. Semua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian setelah disahkan petugas perubatan,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Sharizal Shamsudin.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan cedera parah.

BACA: Bapa Khairil Anwar Sebak, Kali Kedua Kehilangan Anak Akibat Kemalangan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.