Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Terlalu ‘Amerika’…” – Mat Saleh Kongsi Pandangan KL Bukan ‘Malaysia Sebenar’

Iqbal Yasir
Mat Saleh Kongsi Pendapat KL
Gambar: Bernama & Threads @twomadexplorers

“Terlalu ‘Amerika’…” – Mat Saleh Kongsi Pandangan KL Bukan ‘Malaysia Sebenar’

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur (KL), merupakan pusat tumpuan bukan sahaja buat rakyat tempatan, malah pelancong luar dari seluruh pelosok dunia.

Dengan pembangunan yang pesat, KL dipenuhi bangunan pencakar langit ikonik seperti Menara Berkembar PETRONAS, Menara KL dan Menara Merdeka 118.

Gambar: Bernama

Tidak hanya itu, setiap sudut dan ruang dipenuhi dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia seperti sistem pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT).

Jadi, tidak hairanlah mengapa kota metropolitan ini menjadi destinasi pilihan ramai pelancong.

KL terlalu ‘Amerika’?

Bagaimanapun, pandangan ini mungkin berbeza bagi pelancong yang pernah menapakkan kaki di bandar raya ini.

Seorang pelancong asing, menerusi hantaran di aplikasi Threads, berkongsi pandangannya bahawa KL kini seakan-akan bandar di Amerika Syarikat.

Pemilik akaun @twomadexplorers ini membandingkan KL dengan bandar-bandar lain yang pernah dilawatinya seperti Chiang Mai (Thailand), Ho Chi Minh (Vietnam), Merida (Mexico), Tokyo (Jepun) dan Yogyakarta (Indonesia).

Menurutnya, walaupun KL sering dianggap sebagai simbol Malaysia, ia sebenarnya bukan gambaran sepenuhnya tentang negara itu.

Dia merasakan ada banyak lagi tempat di Malaysia yang lebih menyerlahkan keunikan negara tersebut.

“Saya suka Malaysia, tapi bukan di KL. KL bukanlah keseluruhan Malaysia. Ada banyak lagi tempat menarik di negara ini yang lebih mencerminkan budaya dan keunikan Malaysia. Saya bersyukur ramai yang memahami pandangan peribadi saya,” tulisnya.

Tambahnya juga, tempat-tempat yang lebih menonjolkan ‘Malaysia sebenar’ adalah seperti Terengganu, Melaka, Kedah, Pahang, Sarawak, Sabah dan Penang.

Rupa-rupanya, pandangan ini diterima baik netizen Malaysia

Dalam pada itu, pandangan pelancong ini turut menarik perhatian netizen Malaysia.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang pengguna, Akmal Hizzat Azizan, bersetuju dengan pendapat tersebut.

“Terbaca dekat Threads, mat saleh ni cakap dia tak suka KL dan penerangannya sangat masuk akal. Tepat dan padat,” tulisnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan, hantaran itu juga menuai komen orang ramai yang tertarik dengan pendapat pelancong tersebut.

“Dia dah melancong seluruh Malaysia, sebab tu dia tahu negeri mana yang lebih menarik berdasarkan pengalamannya,”

“Apa yang dia maksudkan, vibe di KL lebih mirip dengan New York,”

“Saya yang tinggal di KL sendiri mengakui, KL memang terlalu sesak,”

BACA: Mat Saleh Puji Malaysia Kerana Monorel Raih Perhatian Ramai

BACA: Rupa-rupanya Ini Sebab Mat Saleh Tidak Mahu Malaysia Jadi Popular

BACA: Minah Saleh Hairan Malaysia Jual “Baju Musim Sejuk”, Jawapan Netizen Bikin Terhibur

Sumber: Facebook Akmal Hizzat Azizan, Threads @twomadexplorers