Comel Je, Wanita Kongsi Resipi Kuih Labu Kuning
Selalu waktu makan pagi atau minum petang, mesti kita akan cari roti atau kuih-kuih tradisional untuk mengisi perut.
Tapi zaman sekarang, pelbagai resipi baharu yang viral di platform media sosial terutamanya resipi berkonsepkan buah-buahan yang menarik untuk dicuba di rumah.
Salah satu resipi itu termasuklah resipi kuih labu kuning.
Oleh itu, sekiranya anda tak tahu nak masak apa untuk minum petang? Jangan risau, ikut je resipi kuih labu kuning oleh Nor Al Fatihah T-hah ni confirm sedap, tambah estetik!
Resipi kuih labu kuning

Selesai petik buah labu di kebun, elok-elok kejadiannya. Manis pulak tu. Buatnya berjam-jam, masa makan kejap je licin.
Tapi seronok dan ralik buat kuih ni. Comel-comel, geram tengok. Satu adunan dapat dalam 40-45 biji, bergantung pada saiz yang kita buat juga.
Teksturnya lembut campur liat-liat sikit, terasa labunya. Inti boleh pelbagaikan seperti inti kacang hijau atau inti kelapa homemade.

Bahan-bahan
- 1/2 biji labu kuning
- 2 cawan tepung pulut
- 3/4 cawan santan sederhana pekat
- 1/2 sudu teh garam halus
- Pewarna kuning
- Inti kacang merah instant
- Cengkih secukupnya – untuk tangkai labu
- Daun pisang – untuk alas kuih labu
Cara membuatnya;
- Kupas labu dan potong kecil. Kukus hingga lembut dan lenyek halus. Dapatkan 1 cawan puri labu.
- Satukan tepung pulut, garam, puri labu, pewarna kuning.
- Tuang santan sedikit demi sedikit sambil gaul hingga menjadi doh yang agak lembut.
- Bulat-bulatkan pes kacang merah saiz biji guli.
- Ambil sikit doh, leperkan dan isi dengan inti kacang merah. Tutup dan gentel bulat
- Tekan dengan pisau untuk buat corak kulit labu. Ambil cengkih dan tekan pada kuih sebagai tangkai labu. Letak di atas daun pisang yang di sapu sikit minyak.
- Didihkan air di dalam pengukus. Kukus selama 10 minit di atas api sederhana.
- Hidangkan.

Selepas kuih masak, barulah boleh dihidangkan kepada mak ayah dan adik beradik. Comel dan aesthetic je kejadian kuih labu kuning ni. Selamat mencuba!
@thahwatermelon Alhamdulillah..settle petik buah2 labu di kebun..elok2 kejadiannya..manis pulak tu.. Kuih labu kuning berintikan kacang merah. Buat kemain berjam-jam..time makan sat je licin 😆 KUIH LABU KUNING ~1/2 biji labu kuning (kukus & lenyek, dapatkan 1 cawan puri labu) ~2 cawan tepung pulut ~1/2 sudu teh garam halus ~1 cawan puri labu ~Pewarna kuning ~3/4 cawan santan sederhana pekat ~cengkih secukupnya -untuk tangkai labu ~Daun pisang -untuk alas kuih labu ~Inti boleh di pelbagaikan spt inti kacang hijau & inti kelapa homemade. Saya guna inti kacang merah instant je sebab nak habiskan stok 😊 #kuihlabukuning #labu #pumpkin #kuihlabu #fypシ゚viral #foryoupage #foryoupageofficiall
Sumber: Nor Al Fatihah T-hah melalui kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)