Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bangunan di pulau pinang
Kredit: Haikalraja

Persis Di London, Bangunan Di Pulau Pinang Ini Jadi “Spot” Untuk Bergambar

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Persis Di London, Bangunan Di Pulau Pinang Ini Jadi “Spot” Untuk Bergambar

Memiliki gambar kenangan dengan latar belakang bangunan bersejarah sentiasa menjadi pilihan hati sesiapa sahaja. Tidak kiralah sama ada bangunan tersebut masih berpenghuni atau tidak, asalkan mempunyai aura seperti tempat yang tak terusik dek pemodenan.

Dengan hanya memacakkan kamera di sudut yang tepat dan cuaca yang baik, gambar kenangan yang diambil dapat menampilkan vibe seperti di luar negara.

Itulah yang berjaya dirakam oleh ramai pengunjung di sebuah lokasi tempatan. Tidak kiralah sama ada bergambar kenangan ketika berkunjung di negeri orang mahupun bagi menyimpan kenangan bersama jubah konvokesyen.

Seperti seorang graduan ini yang telah menarik perhatian warga maya di TikTok apabila berkongsi video kenang-kenangannya.

BACA: Bukan Sekadar Topi Biasa, Ini Sebab Kenapa Graduan Perlu ‘Hormat’ Ketika Memakainya

Video tersebut sememangnya kelihatan estetik seperti spot bergambar di luar negara apabila kamera diletakkan di sudut yang on point, ditemani cuaca yang sedikit mendung.

Dalam menghayati suasana yang luar biasa itu, tanpa diduga, rakaman berdurasi 27 saat itu mempunyai plot twist yang mengejutkan warga maya. Rupa-rupanya video tersebut dirakam di salah sebuah lokasi di Malaysia.

Perkara tersebut disedari warga maya apabila sebuah kereta Wira muncul, diikuti beberapa lagi kenderaan tempatan melalui jalan di hadapan bangunan tersebut.

BACA: Boleh Buat Aktiviti Macam Manusia, Elon Musk Perkenal Robot Optimus

“Ingat luar negara, sekali Wira lalu,” kata seorang warga maya.

“Ingat London, sekali Myvi, Wira, Vios (lalu),” ujar seorang lagi warga maya.

“Reaction aku macam bestnya pakai baju convo pi luar negara. Sekali Myvi kuning lalu, cepat-cepat buka komen,” kata warga maya lain.

Menerusi ruangan komen, lokasi tersebut merupakan bekas Bangunan Bank Standard Chartered yang sudah lama tidak beroperasi di situ. Bangunan tersebut kemudiannya bertukar menjadi pejabat maya, Spaces yang mula dibuka pada 2019.

Rupa-rupanya bangunan itu telah lama menjadi lokasi tumpuan bergambar para pengunjung Lebuh Pantai di Georgetown, Pulau Pinang.

Selain pemuda ini, ramai pengguna laman media sosial sudah pernah menjejakkan kaki dan mengambil gambar kenangan yang cantik di bangunan yang sama.

BACA: “Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga

Sumber: Haikalraja, Buletin Mutiara, Knightbrace, Dian Farra, Fadhilah Nafisha