Rupa-Rupanya Inilah Alat Yang Bantu Kesan Kecemasan Berlaku Atas Kapal
Tahukah anda, keselamatan di atas kapal bergantung kepada pelbagai teknologi dan peralatan?
Salah satu alat yang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa ketika kecemasan di laut ialah Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB).
Mengikut peraturan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) dan Safety of Life at Sea (SOLAS), setiap kapal komersial diwajibkan untuk mempunyai EPIRB.
Alat ini adalah sebahagian daripada Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS) yang bertujuan memastikan keselamatan kapal dan anak kapal sentiasa terjamin.
Bagaimana ia berfungsi?
EPIRB direka khas untuk menghantar isyarat kecemasan apabila berlaku keadaan yang mengancam nyawa.
Contohnya seperti kapal yang sedang tenggelam atau anak kapal yang berada dalam bahaya.
Isyarat ini memudahkan pasukan search and rescue (SAR) untuk mengesan lokasi kapal atau individu yang dalam kecemasan.
EPIRB boleh diaktifkan secara manual oleh kru kapal atau secara automatik apabila terendam dalam air.
Untuk info, terdapat dua jenis EPIRB. Pertama, Manual EPIRB yang diaktifkan secara manual oleh anak kapal apabila berlaku kecemasan.
Kedua, Automatic EPIRB yang diaktifkan secara automatik apabila alat ini bersentuhan dengan air dan biasanya disimpan dalam bekas yang bebas terapung (float-free bracket).
Setelah diaktifkan, EPIRB akan menghantar isyarat kecemasan secara berterusan pada frekuensi 406 MHz.
Isyarat ini akan dikesan oleh satelit dalam sistem Cospas-Sarsat yang kemudiannya menyalurkan kedudukan lokasi kecemasan kepada pusat penyelarasan penyelamatan terdekat.

Kebanyakan EPIRB moden dilengkapi dengan teknologi GPS, membolehkan ia menghantar koordinat tepat lokasi kapal yang berada dalam kecemasan.
Ini mempercepatkan proses penyelamatan kerana pasukan SAR dapat tiba di lokasi dengan lebih pantas.
Selain itu, EPIRB dikuasakan oleh bateri tahan lama yang direka untuk menghantar isyarat kecemasan sekurang-kurangnya selama 48 jam selepas ia diaktifkan.
Bateri ini perlu diganti secara berkala mengikut peraturan yang telah ditetapkan untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik.
Tidak hanya itu, ujian berkala terhadap EPIRB sangat penting untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
Kapal juga diwajibkan untuk menguji dan menyelenggara EPIRB sebagai sebahagian daripada latihan keselamatan dan pemeriksaan rutin mereka.
BACA: Pasangan Warga Emas Kongsi Payung, Pimpin Tangan Dalam Hujan Buat Ramai Sebak
BACA: Bapa Kongsi Bawa ‘Anak Syurga’ Buat Aktiviti Lasak Setiap Kali Hari Lahir
BACA: Bukit Bintang Termasuk Senarai 10 Destinasi Pelancongan ‘Overrated’ Di Asia
Sumber: Facebook Capt Marvin Adventures