Anak Najib Razak, Nooryana Najwa Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah MATRADE
Exco Puteri UMNO, Nooryana Najwa Mohd Najib dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Pelantikan anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
“Sebelum mesyuarat bermula, saya menyampaikan surat pelantikan kepada Ahli Lembaga Pengarah MATRADE yang baharu iaitu Nooryana Najwa dan menyaksikan ikrar antirasuah beliau bersama Hairil Yahri dan Mastura.
Nooryana Najwa dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MATRADE
“Tahniah kepada Datin Nooryana Najwa atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah MATRADE,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz serta seluruh pengurusan kanan MATRADE yang menyertai mesyuarat tersebut.
“Semoga segala perancangan yang dijadualkan untuk MATRADE tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memanfaatkan syarikat-syarikat tempatan,” katanya.
BACA: Gagah Macam Badang, Porter ‘Belanja’ Pikul Barang Puluhan KG Daki Gunung Kinabalu
https://www.facebook.com/reezal.merican041/posts/pfbid02RFjx78F1U8ru4mCm1ZYwaSc3NgYjPeDPiZix8d9pbFUzb5Nf52pXrNS6TBAija6zl
Lulusan dari tiga buah institut pengajian Amerika Syarikat
Menurut Astro Awani, Nooryana yang kini berusia 36 tahun merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Politik Antarabangsa dan Dasar Luar dari Universiti Georgetow.
Selain itu, beliau turut memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton School of Business serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Harvard Kennedy School.
Ketiga-tiga institut pengajian tersebut terletak di Amerika Syarikat.
Sumber: Reezal Merican Naina Merican, Astro Awani