Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekas Jurulatih Pulau Pinang Peluk Islam
Bekas jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago terbuka hati untuk memeluk Islam selepas 10 tahun menetap di Indonesia, lapor Astro Gempak.
Difahamkan, Jacksen, 56, melafazkan kalimah Syahadah dengan dipimpin oleh Ustaz H Nashikin di Pondok Pesantren Nabil Hussein, Samarinda, Indonesia.
Pada 2016, Jacksen pernah menyandang jawatan sebagai jurulatih Pulau Pinang dan berkhidmat dengan beberapa kelab dari Indonesia termasuk menjadi jurulatih legenda Persebaya Surabaya.
Lelaki kelahiran Rio De Janeiro itu kini bergelar Pengarah Teknik PSSI Kaltim.
Sementara itu, berita itu turut dimaklumkan oleh anak lelakinya, Hugo Samir dalam satu hantaran di Instagram.
Sumber: Astro Gempak, Instagram @hugosamir28