Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Gambar: TikTok @siungtrueno
Tiada Kategori

“Macam macam mana nak order ni?”  Teh ‘O’ Ais “Sling Bag” Buat Ramai Terhibur

Iqbal Yasir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Macam macam mana nak order ni?” Teh ‘O’ Ais “Sling Bag” Buat Ramai Terhibur

Kalau singgah di warung atau kedai mamak, minuman seperti teh ‘o’ ais sudah tentu menjadi salah satu pilihan.

Lebih-lebih lagi cuaca Malaysia yang panas, menjadikan minuman kegilaan orang ramai ini laku keras bagi membasahi tekak yang kering. Kebiasaannya, minuman ini sering ‘ditapau’ bungkus dalam plastik atau dihidangkan dalam segelas berisi ais batu.

Teh ‘O’ Ais “Sling Bag” Satu!

Baru-baru ini tular satu video memaparkan air minuman dipercayai sebungkus teh ‘o’ air dipesan oleh seorang penunggang motosikal di sebuah gerai tepi jalan.

Menariknya, air minuman itu dibungkus (ikat tepi) menggunakan tali rafia sedikit panjang dari kebiasaannya.

Dalam klip yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @siungtrueno, seorang lelaki membawa sebungkus teh ‘0’ ais yang telah diikat dengan tali rafia itu hingga mencecah lututnya.

“Alhamdulillah dikurniakan kawan-kawan yang sihat pun satu rezeki,” seloroh pemilik video pada ruangan kapsyen.

“kena sambung-sambung straw baru boleh minun ni..” – netizen

Sementara itu, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian warga maya mengenai gelagat mereka di dalam video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat karenah individu yang membawa minuman tersebut kepada pelanggannya.

Berikut antara komen pengguna;

“Teh ‘o’ ais sling bag satu! Cepat sikit ye. Dahaga ni,” komen salah seorang pengguna.

“Teh o ais ikat tepi tali lebih,” tulis seorang lagi pengguna.

“Teh o ais ikat tepi tali lebih, ” komen seorang lagi warganet.

“Kalau nak macam ni kena order macam mana,” tanya seorang pengguna lagi.

“Baru gerak 100 meter dah penuh batu dah,” seloroh seorang lagi.

“Jangan naik motor laju-laju. Melibas orang tepi nanti,” komen seorang lagi pengguna.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 70,000 ribu tontonan dengan lebih 3,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen pengguna di platform tersebut.

Sumber: TikTok @siongtrueno

BACA: Pesawat SAM Air Terhempas, Semua Mangsa Dilapor Terkorban

BACA: Dah Macam Berjoget, Gelagat Lelaki Halau Anjing Buat Ramai Terhibur

BACA: Gelagat Bapa Pujuk Anak Cuit Hati Ramai, Bikin Sebak Imbau Kenangan Lalu

BACA: “Jangan Tambah Air Lagi..,” Wanita Bongkar ‘Rahsia’ Bancuh Teh Ais Pekat Manis Berlemak, Sampai Lebih 1.8k Perkongsian