Siakap Keli
heroin der wijck habib
Gambar: Pevita Pearce

Heroin Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Sah Bergelar Isteri Anak Bos Habib Jewels

Heroin Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Sah Bergelar Isteri Anak Bos Habib Jewels

Pelakon filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk yang membawa watak Hayati sah bergelar isteri kepada anak Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin..

Menurut Sinar Harian, Pevita Pearce selamat disatukan dengan Mirzan Meer dan diraikan dalam satu majlis resepsi pada minggu lalu.

Difahamkan, majlis berkenaan berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Heroin filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck berkahwin dengan anak bos Habib

Berita penyatuan pasangan tersebut turut dikongsi oleh Pevita sendiri melalui satu hantaran di Instagramnya yang mempunyai lebih 18 juta orang pengikut.

“Hari ini, dengan cinta yang damai dan kehadiran orang yang tersayang, kami menjadi satu,” tulis Pevita.

Menurut Sinar Harian lagi, Mirzan Meer adalah Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat kepada Kumpulan Habib.

Manakala watak Hayati yang dijayakan oleh Pevita menerusi filem yang diterbitkan pada 2013 itu berjaya meletakkan nama sebagai antara pelakon terkemuka Indonesia.

https://www.instagram.com/p/DBV6mGtSdFP/?hl=en&img_index=1

BACA: ‘Pintu’ Misteri Tiba-tiba Muncul Di Antartika, Cetuskan Perdebatan & Pelbagai Teori

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.