Siakap Keli
Sony Pictures
Kredit: Sony Pictures via Facebook

Selepas Batik, Sony Pictures Curi Perhatian Dengan Venom Wayang Kulit Pula

Selepas Batik, Sony Pictures Curi Perhatian Dengan Venom Wayang Kulit Pula

Sebelum ini, lukisan ‘Venom Batik Malaysia’ dihasilkan oleh pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman sempena penantian tayangan filem ‘Venom The Last Dance’ telah meraih perhatian dunia.

Tidak menunggu lama, Sony Pictures terus membawa kelainan untuk filem itu dengan mengeluarkan Venom versi Wayang Kulit pula.

Menerusi Sony Pictures, hasil karya oleh Fusion Wayang Kulit yang menggabungkan elemen moden dan klasik itu mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan.

Difahamkan, video tersebut merupakan jalinan kerjasama antara kedua belah pihak bersempena filem Venom: The Last Dance yang bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia.

Idea kreatif Venom versi Wayang Kulit Kelantan mendapat pujian ramai

Menariknya, karya anak tempatan ini mengekalkan tradisi Kelantan dalam video tersebut dengan bahasa dan loghat negeri itu turut dikekalkan.

Di samping itu, persembahan wayang kulit yang diiringi oleh muzik gamelan telah memaparkan kebudayaan tradisional di Malaysia.

“Projek ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun melalui dedikasi, kreativiti dan kerja keras semua yang terlibat.

“Kami telah membawa sentuhan hebat yang menghormati keindahan tradisi sambil menambahkan ‘kegelapan’ Venom,” ujar Sony Pictures.

Sinopsis filem Venom: The Last Dance

Filem Venom: The Last Dance mengisahkan tentang Eddie Brock (dibintangi oleh Tom Hardy) dan Venom ketika mereka bekerjasama untuk “kali terakhir” menentang ancaman yang lebih besar.

Diburu oleh kedua-dua dunia mereka dan ancaman semakin dekat, mereka terpaksa membuat keputusan dahsyat yang akan menutup tirai pada tarian terakhir Venom dan Eddie.

https://www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia/videos/1257883228591666

Salah satu pendedahan paling menarik dalam traileh filem ini adalah ‘penghuni’ dari planet asal Venom berjaya menjejaki ‘sahabat’ Eddie itu di Bumi.

Maka, segerombolan askar symbiote telah dihantar untuk menyerang planet ini sehingga meletakkan seluruh umat manusia di bawah ancaman kepupusan.

Venom: The Last Dance merupakan filem rangkaian syarikat produksi Marvel yang bakal ditayangkan pada 24 Oktober nanti.

https://www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia/videos/996347425592573

BACA: Heroin Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Sah Bergelar Isteri Anak Bos Habib Jewels

Sumber: Sony Pictures via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.