Siakap Keli
ranking harimau malaya
Gambar: FAM

Turun Satu Anak Tangga, Harimau Malaya Di Ranking Ke-133 Dunia

Turun Satu Anak Tangga, Harimau Malaya Di Ranking Ke-133 Dunia

KUALA LUMPUR — Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya kini berada di kedudukan ke-133 dunia, jatuh satu anak dari kedudukan ke-132 sebelum ini, lapor Sinar Harian.

Dalam kemaskini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, Harimau Malaya hanya mengumpul 1,113.92 mata berbanding 1,117.64 mata pada 19 September lalu.

Penurunan ini berikutan kekalahan anak-anak buah Pau Marti Vicante 0-4 kepada New Zealand dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium North Harbour, Auckland baru-baru ini.

Difahamkan, satu lagi slot perlawanan persahabatan Tier 1 gagal diisi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika jendela perlawanan persahabatan FIFA antara faktor kejatuhan ranking skuad negara.

Perkara ini sekaligus menyukarkan peluang Malaysia untuk berada dalam Balang 1 pada undian pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

Pencabar terdekat Harimau Malaya dalam penentuan undian balang 1 atau 2 ,India kini berada di kedudukan ke-125 dunia dengan mengumpul 1,133.78 mata.

Melihat kepada jurang mata tersebut, ia dilihat agak mustahil untuk dikejar oleh skuad negara memandangkan Harimau Malaya hanya akan berdepan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan berkenaan pada November nanti.

Manakala pada 19 Disember, undian Kelayakan Piala Asia 2027 akan diadakan.

Ranking pasukan Asia Tenggara lain

Pasukan Thailand kini unggul dengan menduduki tangga ke-96 dunia, sementara Vietnam pula di kedudukan ke-119 dunia.

Selain itu, skuad Garuda juga senasib dengan Harimau Malaya selepas ranking pasukan itu jatuh dari kelompok 120 ke kedudukan ke-130, tiga anak tangga di atas Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Harimau Malaya Akur Kehebatan New Zealand

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.