Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang

Hannah
remaja perempuan hilang
Kredit: PDRM

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat di Aeon Big Subang Jaya, Jalan Kemajuan Subang, Selangor pada 12 tengah hari, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata laporan kehilangan Banupriya Balamurugan diterima sekitar 5.32 petang pada hari sama.

Beliau berkata remaja itu mempunyai ketinggian 168 sentimeter dan berat badan 55 kilogram selain memiliki mata dan rambut panjang berwarna coklat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa dimohon untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100.

BACA: Nahas Babit Motosikal Berkuasa Tinggi & Kereta, Dua Mangsa Dilapor Maut

BACA: Kanak-Kanak Empat Tahun Jatuh Dari Tingkat 12 Kondominium Dilaporkan Stabil

BACA: Sekurang-Kurangnya 19 Maut Apabila Bas Bertembung Dengan Trak Di Mexico

Sumber: BERNAMA