Siakap Keli
Pantai paling bahaya di dunia
Kredit: Hawaii Guide

10 Pantai Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya

10 Pantai Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya

Sebut sahaja pasal pantai, pasti ramai yang memainkan imej percutian yang indah dan menenangkan dalam isi kepala.

Namun, terdapat beberapa pantai di dunia yang bukan sahaja unik, malah berbahaya.

Sekali pandang, pantai ini memang kelihatan indah. Tetapia, ia sebenarnya memiliki pelbagai ancaman ‘tersembunyi’ yang mampu mengubah percutian idaman anda menjadi mimpi ngeri.

Ini 10 Pantai Paling Bahaya Di Dunia

1. Cape Tribulation, Australia

Pantai yang terletak di Queensland, Australia ini memang indah dan sering menjadi tumpuan pelancong yang sukakan aktiviti ekstrem.

Namun, ia sebenarnya didiami oleh hidupan berbahaya seperti obor-obor, ular berbisa, buaya dan burung kasuari, yang seakan-akan burung emu.

Burung kasuari yang beratnya kira-kira 70 kg boleh menjadi agresif dan berupaya mencederakan sesiapa sahaja jika merasa terancam.

Bagaimanapun, kawasan ini sebenarnya menyediakan akses ke dua tapak tersenarai Warisan Dunia UNESCO, iaitu Great Barrier Reef dan Daintree Rainforest.

Untuk info, Cape Tribulation ditutup kepada umum selama tiga bulan selepas Taufan Jasper melanda kawasan itu.

Bagaimanapun, ia dibuka semula kepada orang ramai pada 27 Mac.

2. Pantai Hanakapiai, Hawaii

Pantai Hanakapiai yang indah di Kauai ini sebenarnya merupakan salah satu lokasi paling berbahaya untuk berenang.

Arus deras yang kuat mampu menarik perenang jauh dari pantai.

Pihak berkuasa mencatatkan sekurang-kurangnya 30 kematian, namun papan tanda di sekitar pantai menunjukkan angka korban yang lebih tinggi.

3. Gansbaai, Afrika Selatan

Gansbaai terkenal sebagai “Kota Hiu Putih Besar” disebabkan ‘penampakan’ banyak hiu berbahaya.

Di antara Pulau Dyer dan Geyser Rock, terdapat ‘Shark Alley’, iaitu kawasan perairan yang menarik banyak hiu kerana koloni anjing laut yang tinggal di situ.

Untuk mereka yang berani, aktiviti menyelam dalam sangkar dengan hiu ini menjadi tarikan pelancong.

4. Pantai Chowpatty, Mumbai

Pantai Chowpatty di Mumbai adalah salah satu pantai paling tercemar di dunia.

Air di pantai ini penuh dengan sampah dan sisa buangan yang mengalir dari bandar Mumbai.

Walaupun terdapat usaha membersihkan pantai, airnya tetap tercemar dengan sisa kumbahan yang boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan sakit tekak.

5. Pantai Pasir Hitam Kilauea, Haiwaii

Pantai Kilauea, dengan pasir hitamnya yang unik ini terletak berhampiran Gunung Berapi Kilauea yang aktif.

Lava panas sering mengalir ke dalam laut, mengakibatkan suhu air mencecah hingga 68 darjah Celsius.

Perairan ini sangat berbahaya, dan air yang menjadi panas boleh menyebabkan kecederaan serius.

6. Pantai New Smyrna, Florida

New Smyrna Beach di Florida terkenal dengan serangan hiu yang kerap berlaku.

Dengan lebih 32 kes serangan sejak tahun 2010, pantai ini terkenal dengan gelaran “Kota Serangan Hiu Dunia”.

7. Pulau Fraser, Australia

Pantai di Pulau Fraser di Australia mempunyai ‘kombinasi maut’, iaitu arus deras dan haiwan berbahaya.

Kawasan ini dihuni oleh hiu, obor-obor, buaya, serta labah-labah berbisa dan dingo yang kadangkala boleh menyerang manusia.

8. Playa Zipolite, Mexico

Dikenali sebagai “Pantai Kematian”, Playa Zipolite di Mexico terkenal dengan arus deras yang berbahaya.

Walaupun pantai ini menjadi tarikan pelancong, ramai yang menjadi mangsa arus derasnya.

Bagaimanapun, penubuhan pasukan penyelamat sukarela sejak tahun 1995 telah mengurangkan kes kematian secara ketara.

9. Pantai di Wilayah Utara, Australia – Obor-obor Berbisa

Pantai-pantai di Wilayah Utara Australia sering dilawati obor-obor kotak yang sangat berbisa.

Dengan sengatan yang boleh membawa maut, obor-obor ini mempunyai tentakel sepanjang 1.8 meter.

Sengatannya amat menyakitkan, bahkan ada mangsa yang mengalami serangan jantung sebelum sampai ke darat.

10. Pantai Sungai Amazon, Amerika Selatan

Pantai di sepanjang Sungai Amazon terkenal dengan spesies berbahaya seperti piranha, anaconda dan belut elektrik.

Walaupun kawasan ini kaya dengan biodiversiti, ia menjadi medan ujian buat para pelancong yang berani.

Piranha misalnya, memiliki gigi tajam dan mampu menyerang dengan ganas dalam jumlah yang banyak.

BACA: Ada 6 Terowong “Tembus Bukit”, Kenali Takaosan Interchange

BACA: Digelar ‘Steve Irwin’ Afrika Selatan, Raja Ular Meninggal Dunia Dipatuk Tedung

BACA: Lagu “Resign”? Exists Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Lirik Lagu Alasanmu

Sumber: The Weather Channel

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.