4 Negeri Diramal Alami Hujan, Ribut Petir Sepanjang Hari Esok
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan ribut petir sepanjang hari esok, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia, melalui ramalan cuaca sempena Deepavali 2024, memaklumkan bahawa hujan dan ribut petir dijangka melanda Putrajaya dan Melaka pada sebelah pagi, manakala Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan diramal mengalami keadaan yang sama sehingga petang.
Sementara itu, cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak pagi esok diramal cerah sebelum dijangka mengalami hujan dan rebut petir pada sebelah petang sehingga malam.
Cuaca di Kuala Lumpur dan Labuan pagi esok pula diramal cerah.
BACA: 10 Pantai Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya
BACA: 3 Kawasan Diramal Alami Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga
BACA: Ada 6 Terowong “Tembus Bukit”, Kenali Takaosan Interchange
Sumber: BERNAMA