Siakap Keli
beza ais baby ais hancur
Kredit: TikTok @TheSumKopi

“Nampak sama tapi…”, Peniaga Jelaskan Beza Guna Ais Baby & Ais Hancur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Nampak sama tapi…”, Peniaga Jelaskan Beza Guna Ais Baby & Ais Hancur

Kalau berjalan-jalan di pasar malam atau pasar pagi, nampak sahaja air balang pelbagai warna secara tak langsung tekak jadi kering.

Tambahan lagi, sekarang ini pelbagai perisa air dijual oleh peniaga. Jadi, tak hairan mengapa kebanyakan kita mudah ‘tergoda’ dengan air balang ini, nak pula ia dikacau bersama ais batu.

Tetapi sewaktu membeli air pernah tak anda perhatikan penggunaan ais oleh peniaga?

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ais batu yang digunakan oleh peniaga air. Ada yang hancur, ada juga bersaiz biasa.

Tahukah jenis penggunaan ais batu ini mempengaruhi isipadu air yang dibeli oleh pembeli?

Meskipun pada mata kasar kita air diisi sehingga penuh bekas namun setiap isipadu air yang digunakan tidak sama walaupun dalam saiz bekas sama.

Baru-baru ini seorang peniaga kopi di TikTok @TheSumKopi beri penjelasan dengan menunjukkan perbezaan isipadu air kopi yang diisi menggunakan dua jenis ais batu iaitu ais baby dan ais hancur.

Setelah air kopi di isi ke dalam dua bekas tersebut, ramai yang terkejut dengan hasilnya.

Perbezaan Ais Baby Dan Ais Hancur

perbezaan ais baby dan ais hancur
Kredit: TikTok @TheSumKopi

Permulaan klip itu, TheSumKopi dilihat membaca satu komen yang lebih memilih peniaga air yang menggunakan ais baby berbanding ais hancur ke dalam minuman mereka.

Ais Baby (Ais Biasa)

perbezaan ais baby dan ais hancur
Kredit: TikTok @TheSumKopi

Dalam klip video tersebut, seorang lelaki mengisi dua cawan dengan ais baby (ais biasa) dan ais hancur.

Kemudian, dia memberitahu sukatan air yang diperlukan dalam bekas 16 ounce adalah 250 mililiter (ml).

Sewaktu bekas pertama yang mengandungi ais baby diisi dengan isipadu air itu mendapati, ia selaras dengan kuantiti sepatutnya.

Ais Hancur

perbezaan ais baby dan ais hancur
Kredit: TikTok @TheSumKopi

Bagi bekas kedua, dia sekali lagi mengisi air dengan kuatiti yang sama dalam bekas menggunakan ais hancur.

Bagaimanapun, dia mendapati terdapat air lebihan bikar, dan hanya 150ml air terisi di dalam cawan ais hancur.

Jelasnya, penggunaan jenis ais batu sebenarnya mempengaruhi jumlah isipadu air yang diisi ke dalam bekas atau cawan.

Semoga bermanfaat.

@thesumkopi

Replying to @bukan siapa siapa tengok sampai habis!! #abgkopi #thesumkopi #adasapa2nakkopi #kopi #malaysia #fyp #fypシ゚viral #kl #trend #coffeelover #jj #CapCut #foodie #business #peniagajalanan #tiktok #viraltiktok

♬ Slow and comical BGM(1083863) – Blanket

Sumber: Tiktok @TheSumKopi

BACA: Sesuai Untuk Diet, Khairul Aming Kongsi Resipi Ayam Penyet Versi Sihat

BACA: Resipi Sambal Jawa Putih, Makan Dengan Nasi Pasti Menambah

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.