Siakap Keli
Eh Wau Bulan Korea
Kredit: TikTok @khai_eun_woo

Persembahan ‘Eh Wau Bulan’ Guru Malaysia & Pelajar Korea Raih Perhatian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Persembahan ‘Eh Wau Bulan’ Guru Malaysia & Pelajar Korea Raih Perhatian

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keunikan budaya, keindahan alam semula jadi dan sejarah yang menarik.

Di bumi bertuah ini, pengunjung akan berpeluang meneroka budaya dan tradisi tempatan yang diperkaya oleh penduduk setempat.

Namun, bagaimana pula dengan mereka yang mungkin tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi Malaysia?

Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjadikan negara kita dikenali dan terus diakui di mata dunia?

Sebagai bangsa Malaysia, kita masing-masing pasti memiliki keinginan untuk mempromosikan negara kita di peringkat global.

Berada di negara asing sama ada sebagai pengunjung mahupun golongan profesional, kita sebenarnya membawa nama ‘Malaysia’ bersama kita.

Itulah yang menjadikan usaha guru Malaysia yang berkhidmat di sekolah Korea ini, patut menjadi inspirasi buat semua.

Guru lelaki ini dipercayai adalah salah seorang peserta program pertukaran guru yang dikenali sebagai Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) 2024.

Program yang berlangsung selama 90 hari itu adalah satu pengalaman yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkenalkan keindahan Malaysia di bumi Korea.

Dalam perkongsiannya di akaun TikTok peribadi, @khai_eun_woo, guru ini mencuri perhatian ramai apabila beliau mempamerkan pelbagai aktiviti menarik bersama pelajar Korea.

Setiap aktiviti ini bukan hanya mencerminkan kreativiti beliau, tetapi juga tekadnya untuk mempromosikan budaya Malaysia dengan cara yang dekat di hati anak-anak muda Korea.

BACA: “Nampak sama tapi…”, Peniaga Jelaskan Beza Guna Ais Baby & Ais Hancur

Dalam satu perkongsian video @khai_eun_woo, sekumpulan pelajar Korea dengan tunjuk ajar lima orang guru Malaysia dilihat mempersembahkan lagu rakyat popular Malaysia, Eh Wau Bulan.

Video yang mencuit hati itu jelas memaparkan wajah mereka yang ceria dan penuh semangat.

@khai_eun_woo

Ewa Bulan di bumi Korea. Persembahan 5 orang guru Malaysia dan murid Incheon Inhang High School. #ewabulan #waubulan #kelantan #malaysia #korea

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya khususnya masyarakat kita sendiri kagum dengan persembahan tersebut.

Menurut warga maya, dikir barat mungkin kelihatan mudah untuk dilakukan, tetapi sebenarnya ia adalah sukar terutamanya bagi mereka yang mungkin pertama kali melakukannya.

Terdapat juga warga maya yang menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan guru terbabit atas usaha mempromosikan Malaysia di bumi Korea.

BACA: 4 Negeri Diramal Alami Hujan, Ribut Petir Sepanjang Hari Esok

Dalam pada itu, aktiviti menarik lain yang diadakan termasuklah aktiviti memperkenalkan dan mewarna bendera Malaysia, selain mewarna Terabai, perisai tradisional dalam budaya Borneo.

@khai_eun_woo

Mari kenali bendera Malaysia. Jalur Gemilang. #KOMTEP #komtep2024

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

@khai_eun_woo

Wahhhh mendonia tau!

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

Usaha ini dilihat bukan sahaja memberikan pelajar Korea peluang untuk lebih mengenali simbol atau lambang penting negara kita.

Malah, secara tidak langsung turut menanam rasa ingin tahu mereka terhadap sejarah dan tradisi yang kaya di Malaysia.

Tambahan lagi, salah satu momen yang turut mendapat perhatian adalah pertunjukan fesyen tradisional Malaysia yang dijayakan oleh pelajar Korea.

Mereka tampil dalam busana tradisional kaum Melayu, Cina, India dan etnik pelbagai di Malaysia, mempersembahkan busana yang menjadi kebanggaan kita.

@khai_eun_woo

Pertunjukan pakaian Malaysia di Korea. #korea #malaysia #tourismmalaysia

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

@khai_eun_woo

Replying to @Rozlin Proud to be Malaysian! #KOMTEP2024 #KOREA #MALAYSIA #TourismMalaysia

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

Lebih menarik lagi, guru ini turut berkongsi sebuah video di mana pelajar Korea khusyuk menonton animasi popular Malaysia, Upin & Ipin.

Walaupun jauh dari tanah air, animasi ini terbukti berjaya menarik minat pelajar Korea yang dilihat begitu terhibur dan fokus mengikuti gelagat si kembar ceria itu.

Malah, mereka kini sudah mengingati tagline ikonik animasi itu, “Dua singgit”.

“Mereka sudah tahu ‘Dua singgit, dua singgit, dua singgit’,” tulis guru tersebut dalam kapsyen video.

@khai_eun_woo

Replying to @TIRA 💞🇲🇾 Diaorang dah tau 2 singgit 2 singgit 2 singgit

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

Tindakan guru ini jelas sekali harus diberi pujian kerana beliau bukan sahaja mengajar, tetapi turut menjadi duta budaya yang menghubungkan dua negara berbeza dengan cara yang kreatif.

Usaha beliau bukan sahaja memperkenalkan Malaysia kepada pelajar Korea, malah membuka ruang untuk mereka menghargai keindahan dan kepelbagaian budaya kita, sama seperti kita juga turut mengagumi budaya mereka.

Ini boleh menjadi inspirasi buat semua, khususnya generasi muda Malaysia, untuk bangga dengan identiti negara dan aktif dalam memperkenalkannya kepada dunia.

BACA: 10 Pantai Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya

Sumber: TikTok @khai_eun_woo

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.