Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja Lelaki Ditemui Maut Dalam Bas Ekspres

Hannah
Remaja maut dalam bas ekspres
Sumber: Malaysia Gazette

Remaja Lelaki Ditemui Maut Dalam Bas Ekspres

Seorang remaja lelaki ditemui maut dalam sebuah bas ekspres di Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth, pada Jumaat.

Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, ditemui di tempat duduk penumpang bas tersebut dengan tangan kirinya melecur.

Pemandu bas berusia 36 tahun kemudiannya memaklumkan kejadian terbabit kepada pihak polis.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit di soket yang tersedia dalam bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman, mengesahkan bahawa pihaknya menerima maklumat berhubung insiden terbabit kira-kira jam 7.40 malam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa di lokasi kejadian menunjukkan ada kesan melecur di jari kirinya yang dipercayai berpunca daripada renjatan elektrik ketika mangsa sedang mengecas telefon bimbit.

Ini juga berpandukan kepada keadaan penghujung kabel yang mencair dan peranti yang panas.

“Hasil temu bual pemandu bas itu mendakwa mangsa menaiki bas ekspres untuk ke KL Sentral pada jam 6 petang.

“Namun 10 minit kemudian, salah seorang penumpang memaklumkan kepada pemandu bahawa mangsa menjerit sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih.

“Susulan itu, pemandu tersebut menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan awal namun pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa di Hospital Seberang Jaya semalam telah mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat renjatan elektrik.

Selain itu, tiada kecederaan lain ditemukan pada mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambah beliau.

BACA: Bau Busuk Rumah Jiran Terungkai, Mayat Lelaki Ditemukan

BACA: Penyanyi Wanita Kelantan Antara Enam Individu Ditahan Di Sungai Golok Bersama Pil Kuda

BACA: Polis Rakam Keterangan Suspek Kes Buli, Dera Pegawai Kadet UPNM

Sumber: Malaysia Gazette