Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Pegang Tiang Lampu

Remaja Lelaki Maut Terkena Renjatan
Kredit: Bernama

SHAH ALAM, 1 Sept (Bernama) -- Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika memegang sebatang tiang lampu di Taman Pancaran, Bestari Jaya, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor SUPT Azaharudin Tajuddin pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, kira-kira 10.32 malam.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor menerima panggilan, memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia.

“Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang berehat ketika bermain futsal di taman perumahan itu, sebelum memegang tiang lampu yang dipercayai mempunyai arus elektrik hingga menyebabkan dia rebah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azaharudin berkata pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah selain kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR).

“Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Proses bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian adalah konsisten dengan renjatan elektrik,” katanya.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, menerusi talian 03-32891222 atau balai polis berhampiran.

Intipati
  • Remaja lelaki berusia 15 tahun maut terkena renjatan elektrik di Bestari Jaya.
  • Mangsa dipercayai rebah selepas memegang tiang lampu ketika berehat semasa bermain futsal.
  • Polis mendapati tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan