Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Asrama Kolej

Hannah
Pengendali Facebook Mati
Gambar Hiasan

Pelajar Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Asrama Kolej

Seorang pelajar ditemukan meninggal dunia dalam asrama di sebuah kolej swasta di Chukai, Kemaman, pada Isnin.

Difahamkan, mangsa yang berusia 20 tahun itu adalah berasal dari Selangor.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 5.41 pagi.

“Mangsa tinggal sebilik bersama tiga lagi rakan ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakan sebiliknya pada jam 5 pagi.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk urusan bedah siasat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rekod kesihatan menunjukkan bahawa mangsa tidak menderita sebarang penyakit.

Tambah beliau, kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

BACA: Remaja Lelaki Ditemui Maut Dalam Bas Ekspres

BACA: Polis Siasat Penemuan Rangka Manusia Di Kawasan Kebun Durian

BACA: Lelaki Ditemukan Maut Dalam Kenderaan Pacuan Empat Roda

Sumber: Sinar Harian