9 Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 1 pagi ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Menurut METMalaysia, keseluruhan kawasan di dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami cuaca buruk berkenaan.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, dan Batang Padang.
“Manakala di Pahang pula melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Di Selangor pula, hanya daerah Hulu Langat yang dijangka hujan, sementara Negeri Sembilan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
“Di Melaka, hanya daerah Jasin yang diramal hujan. Bagi Johor, ia melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak ia melibatkan kawasan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung, Manis, Daro dan Matu), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia