Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pakar Sejarah, Zainal Kling Meninggal Dunia
Pakar sejarah, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling dilaporkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor pada kira-kira jam 4.30 pagi.
Allahyarham yang juga bekas penyandang Kursi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.
Jenazah Allahyarham kini berada di hospital dan akan dibawa ke Surau Seksyen 3, Shah Alam, bagi urusan pengebumian.
Sementara itu, UM dalam satu hantaran di Facebook turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian beliau.
“Allahyarham yang merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, telah meninggalkan jasa dan sumbangan besar dalam pembangunan akademik serta kebajikan pelajar sepanjang tempoh khidmatnya.
“Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat dirasai oleh warga Universiti Malaya dan seluruh dunia akademik.
“Sumbangan Allahyarham kepada pendidikan sebagai Pakar Sejarah serta kepemimpinan beliau akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang,” tulis hantaran tersebut.
Untuk info, anak Allahyarham, Reza Zainal melalui satu hantaran di Facebook pada Rabu lalu memaklumkan bahawa ayahnya telah dibawa ke unit kecemasan di hospital berkenaan akibat kemerosotan kesihatan.
Kongsinya, ini berpunca daripada komplikasi diabetes yang dialami Allahyarham.
BACA: Penjelasan Pemberian Lesen Laksana 5G Kepada U Mobile Tumpuan Di Dewan Rakyat Hari Ini
BACA: Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis Umum Keputusan Bermakna Buat Kedaulatan Malaysia – Azalina
BACA: SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Milik Pengasas FashionValet Hampir RM1.1 Juta
Sumber: Malaysia Gazette, Universiti Malaya