Siakap Keli
Cookie Butter Latte
Kredit: TikTok @kroger

Ini Cara Buat “Cookie Butter Latte” Ala ‘Holiday Menu’ Di Rumah

Ini Cara Buat “Cookie Butter Latte” Ala ‘Holiday Menu’ Di Rumah

Musim cuti memang waktu paling best, kan? Lebih-lebih lagi bila rangkaian makanan kegemaran kita keluarkan macam-macam menu istimewa.

Tahun ni, salah satu ‘Holiday Menu’ yang mencuri perhatian ialah “Cookie Butter Iced Latte”, minuman yang dikatakan sudah jadi kegemaran ramai peminat kopi di luar negara.

Bayangkan gabungan rasa lemak manis cookie butter yang sebati dengan pahit kopi, ditambah pula dengan topping krim yang gebu.

Kalau korang pencinta kopi, dengar nama menu ni saja pasti dah buat tak senang duduk. Setiap kali lalu di kafe, rasa nak singgah beli, sebab takut nanti ‘menu limited edition’ ni tak ada lagi.

Tapi bila difikirkan, kalau asyik beli di luar, boleh ‘koyak’ juga poket. Maklumlah, harga minuman di kafe sekarang bukannya murah, tambah pula kalau dah jadi pelanggan setia.

Jadi, kenapa tak cuba buat sendiri Cookie Butter Latte di rumah? Jimat, mudah dan paling penting, boleh ikut selera sendiri.

Kali ni, SK kongsikan resipi Cookie Butter Latte, yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @kroger, khas untuk korang yang nak cuba buat versi homemade.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kopi segera
  • Cookie butter
  • Susu segar
  • Ais
  • Heavy whipping cream
  • Cookie – dihancurkan

Cara-cara penyediaan

1. Campur Kopi & Cookie Butter – Mula-mula, dalam bekas bersih, masukkan dua sudu besar cookie butter dan sedikit kopi segera yang sudah dibancuh. Kacau sehingga sebati.

2. Buat Krim Topping – Untuk topping yang gebu, cairkan satu sudu besar cookie butter dengan sedikit heavy whipping cream. Kemudian, kacau hingga campuran menjadi lembut dan berkrim.

3. Sediakan Latte – Dalam cawan yang bersih, tuangkan campuran kopi dan cookie butter tadi. Masukkan ais sehingga penuh, kemudian perlahan-lahan tuangkan 100ml susu segar ke dalam cawan.

4. Tambah Hiasan Topping – Letakkan topping krim cookie butter di atas latte. Untuk extra texture dan hiasan, taburkan sedikit cookie yang sudah dihancurkan di atasnya.

@kroger

You have to try the viral cookie butter latte for yourself. 🤯🍪☕ #kroger #cookiebutterlatte #cookiebutter #latte #coffeetiktok #foodies @MAKENA

♬ original sound – Kroger

Siaplah Cookie Butter Latte ala ‘Holiday Menu’ korang di rumah. Memang macam minum minuman mahal dari kafe, tapi yang ni mestilah dibuat dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba.

BACA: Kering Poket Kalau Setiap Hari ‘Mengidam’, Ini Cara Buat ‘Trendy Coffee’ Buttercrème Latté

BACA: 3 Aneka Minum Petang Mudah & Lazat, Hanya Guna Pisang

BACA: Wanita Kongsi Cara Buat Nasi Lemak Turun-Temurun Keluarga

Sumber: Kroger via TikTok

Siti Nur Ain Natasya