Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bruno Fernandes ‘Ingatkan’ Era Baru Manchester United Akan Bermula
Kapten pasukan Manchetser United, Bruno Fernandes menegaskan pasukannya perlu segera kembali ke tempat selayaknya dibawah jurulatih baharu, Ruben Amorim.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Bein Sport selepas membantu pasukannya menewaskan Leicester City, 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi (waktu Malaysia).
Bruno menyempurnakan penampilan ke-250 untuk MU dengan menjaringkan satu gol dan satu bantuan jaringan dalam perlawanan berkenaan.
Beliau setakat ini terlibat secara langsung dengan 100 gol daripada 170 penampilan dalam EPL, iaitu rekod yang dicapai dengan hanya lebih satu perlawanan berbanding yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo (169).
Bruno ingatkan era baru United bermula dengan kedatangan jurulatih baharu
Dalam pada itu, MU terus menunjukkan prestasi memberansangkan semenjak pemecatan Ten Hag dengan mencatatkan tiga kemenangan dan satu seri dibawah pengurus sementara, Ruud van Nistelrooy.
Walaupun begitu, kelab itu akan beralih ke era baru menjelang kedatangan Amorim dari Sportin Lisbon bermula Isnin depan.
Menurut Bein Sport, Bruno gembira kerana dapat membantu menutup cerita Nistelrooy sebagai pengurus sementara kelab berkenaan dengan kemenangan.
“Sudah lama saya tidak menjaringkan gol dan gembira kini ia sudah kembali dalam beberapa perlawanan terakhir.
“Rekod tidak bolos ini juga sangat penting dalam membantu kami mengembalikan kubu yang pernah kami ada di sini (Old Trafford). Kami perlu terus berusaha memperbaiki permainan.
“Nistelrooy mengisi kekosongan kelab ini kerana cintanya kepada MU. Dia mahu mengembalikan kegembiraan para pemain.
“Dia membantu pemain kembali senyum ketika bermain bola dan mahu kami menikmatinya.
“Jadi, kami mahu mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebagai pengurus kami dengan cara yang betul. Dia sudah melakukan yang terbaik untuk kami semua.
“Ini adalah era baharu. Kedatangan pengurus baharu bermakna banyak perkara akan berubah. Namun satu perkara yang akan kekal adalah kelab ini perlu kembali ke tempat asal selayaknya,” kata Bruno.
MU ketika ini berada di kedudukan ke-13 dalam liga selepas hanya mencatatkan empat kemenangan dan tiga seri daripada 11 perlawanan.
Kedatangan Amorim diharap dapat mengembalikan kegemilangan kelab itu yang sudah lama pudar sejak peninggalan Sir Alex Ferguson pada 2013.
BACA: Lapangan Terbang Komodo Ditutup Akibat Letusan Gunung Lewotobi
Sumber: Bein Sport