Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lapangan Terbang Komodo Ditutup Semula Akibat Letusan Gunung Lewotobi
Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo, Bandar Labuan Bajo di Indonesia mengumumkan penutupan semula akibat letusan Gunung Lewotobi.
Menurut portal Kompas.com, perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Unit Penyelenggara Lapangan Terbang (UPBU) Komodo Labuan Bajo, Ceppy Triono.
“Hari ini (10 November), Lapangan Terbang Komodo diisytiharkan tutup bagi penerbangan mengikut notam yang telah dikeluarkan sehingga jam 8 malam,” ujar beliau seperti yang dilaporkan dalam Kompas.com.
Abu gunung berapi berpotensi membahayakan penerbangan
Ceppy berkata, notam berkenaan dikeluarkan selepas membuat keputusan kolaboratif (CDM) yang melibatkan pelbagai pihak termasuk lapangan terbang, Airnav, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) dan semua syarikat penerbangan.
Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira arah abu gunung berapi Lewotobi yang bergerak meliputi seluruh ruang udara di atas Pulau Flores, di mana ia berpotensi membahayakan penerbangan.
Beliau juga menambah bahawa sejumlah 3o penerbangan telah dibatalkan kerana penutupan ini.
Bakal penumpang menguruskan pemulangan tiket susulan kejadian ini
Sementara itu, berdasarkan pemantuan Kompas.com sejak petang Ahad, suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo kelihatan sunyi, berbeza dengan kebiasaannya sibuk dengan penumpang.
Difahamkan, ramai bakal penumpang kelihatan sibuk menguruskan pemulangan tiket di kaunter syarikat penerbangan masing-masing.
BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan
BACA: 17 Kali Gugur Untuk Zuriat, Wanita Diceraikan Kerana Tak Dapat ‘Bagi’ Ramai Anak
BACA: Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair
Sumber: Kompas.com