Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dilapor Hilang Di Kuantan, Wanita Hamil 8 Bulan & Anak Ditemui Di Sepang

Wanita hamil anak hilang
Sumber: Sinar Harian

Dilapor Hilang Di Kuantan, Wanita Hamil 8 Bulan & Anak Ditemui Di Sepang

Seorang wanita hamil lapan bulan bersama anak lelakinya berusia empat tahun yang dilaporkan hilang pada Rabu akhirnya ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.

Kakak kepada wanita tersebut, Adlin Mohd Zakaria, 36, meluahkan rasa syukur kerana adiknya, Nur Nadia Mohd Zakaria, 29, dan anak saudaranya, Aydan Noah Mohd Shahmi, ditemukan dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah, adik dan anak selamat dijumpai. Terima kasih banyak kepada pihak polis dan semua yang telah membantu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mengesahkan bahawa dua beranak itu telah ditemui di KLIA sekitar jam 2 petang oleh pasukan polis.

“Wanita itu bersama anak lelaki dalam keadaan selamat dan sekarang mereka berada di Balai Polis KLIA,” katanya ringkas.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Nur Nadia dan anaknya dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan.

Wanita tersebut kali terakhir dilihat memandu Perodua Axia berwarna biru gelap keluar dari rumahnya di Kampung Chendering pada pukul 12 tengah hari namun tidak kembali hingga lewat petang.

BACA: Dua Pelajar Maut, Empat Cedera Akibat Disambar Petir

BACA: Pengusaha Warung Pok Nong Celup Tepung Meninggal Dunia

BACA: Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia

Sumber: Sinar Harian