Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
pok nong celup tepung
Kredit: Sinar Harian

Pengusaha Warung Pok Nong Celup Tepung Meninggal Dunia

Azizah Najib

Pengusaha Warung Pok Nong Celup Tepung Meninggal Dunia

Pemilik dan pengusaha warung ikan celup tepung terkenal di Terengganu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Md Non Nawang yang lebih dikenali sebagai Pok Nong disahkan meninggal dunia pada jam 11.45 malam pada usia 68 tahun.

Berita duka itu dikongsikan oleh oleh anaknya, Nur Izzati, 25.

Menurutnya, Allahyarham ditidurkan bagi menjalankan pembedahan akibat darah beku di kepalanya.

BACA: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Meninggal Dunia

Sebelum itu, Allahyarham dikatakan rebah dan hampir pengsan Selasa lalu ketika berada di majlis konvokesyen adiknya, Nor Arissyah, 24 tahun, di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, pada pukul 2 petang.

“Ketika perarakan akademik berlangsung, ayah tiba-tiba jatuh sebelum dibantu oleh petugas untuk dikejarkan ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

“Semalam dia ditidurkan untuk pembedahan akibat pendarahan dalam kepala atau strok tahap 4, bagaimanapun arwah ayah disahkan meninggal dunia malam tadi,” katanya.

Izzati turut memaklumkan, Allahyarham demam selama dua hari sebelum itu namun dia bertegas untuk menghadiri majlis tersebut.

BACA: Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia

Katanya lagi, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hajar, Kampung Gong Awang Lib. Solat jenazah bakal berlangsung pada pukul 11 pagi ini.

Sepanjang perkahwinan Allahyarham bersama isteri, Radziah Omar, 58, pasangan ini menimang seramai lapan orang cahaya mata.

Menurut Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Warung Pok Nong yang terkenal dengan hidangan makanan laut celup tepung ini sudah beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu di Jalan Pantai, Kampung Telipot. Antara menu terkenal di sini ialah ikan celup tepung di samping sotong dan udang yang turut dicelup tepung. Keropok lekor goreng, ketupat sotong dan pulut mangga turut tersenarai dalam menu hidangan di Warung Pok Nong.

BACA: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021

Sumber: Sinar Harian, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu