Siakap Keli
wanita dijemput ilahi
Kredit: Sinar Harian

Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia

Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Tampin yang berlaku pada 29 September  lalu telah meninggal dunia pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Anak keempat daripada lima beradik, Izni Shafiqah Abu Zaini, 28 tahun disahkan meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) berikutan kegagalan fungsi organ akibat kemalangan tersebut.

Menurut abang sulung mangsa, Izni Hafizan Abu Zaini, 35 tahun, Allahyarhamah berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) IKN selama lebih sebulan bagi mendapatkan rawatan.

BACA: Wanita Maut, Lelaki Cedera Parah Dihempap Kontena

“Sebelum itu arwah dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan dibawa ke IKN sebab terdapat kesan kecederaan pada saluran pemakanannya.

“Di IKN sahaja ada doktor pakar untuk bahagian itu,” katanya.

Hafizan berkata lagi, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Kuala Johol iaitu perkuburan sama dengan bapa, Abu Zaini Ibrahim dan adik, Izni Shafiq.

“Emak saya sahaja yang selamat semasa kemalangan tersebut dan kini berada di rumah saya di Seremban. Dia patah kaki dan keadaannya beransur pulih.

“Adik bongsu yang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lendu, Melaka terpaksa tangguh pembelajaran untuk menjaga mak saya sementara waktu,” ujanya lagi.

BACA: Adik Alisa Umairah Telah Menghembuskan Nafas Terakhir

Terdahulu, kemalangan maut ini dilaporkan berlaku ketika kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka berempat terbabas dan merempuh tembok jambatan. Allahyarham bapa yang juga pemandu kenderaan dan adik lelaki mangsa yang berada di tempat duduk belakang, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada jam 3.45 petang.

“Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lendu, Melaka menghala ke Johol.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tembok jambatan berdekatan Masjid Jamek Pekan Johol,” maklumnya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA: Laluan Terjejas Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Telah Dibuka

Sumber: Sinar Harian

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.