Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Dijangka Landa 11 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

Azizah Najib
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Dijangka Landa 11 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bakal landa 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang.

Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran dikeluarkan bagi seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor serta WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Keadaan di Kedah menunjukkan hujan lebat bakal landa daerah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak, hampir keseluruhan negeri dijangka terima hujan lebat. Amaran ini melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

BACA: Kanak-Kanak 8 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Longkang Besar

Terus ke selatan, daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan turut dijangka hujan lebat.

Di pantai timur, cuaca buruk dijangka landa kebanyakan daerah di Kelantan iaitu Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang. Namun di Terengganu, hujan lebat diramal hanya melanda daerah Hulu Terengganu.

Sementara itu, di Pahang pula melibatkan daerah Jerantut, Bentong dan Rompin.

Beralih ke Sarawak, daerah Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) dijangka hujan lebat. Begitu juga Mukah (Daro dan Matu) dan Limbang (Lawas).

Di Sabah, cuaca buruk hanya melibatkan Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

BACA: 10 Bayi Baru Lahir Maut Dalam Kebakaran Di Hospital

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Terdahulu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal berlaku banjir di pantai timur serta negeri Johor. Ramalan tersebut menjangkakan fenomena banjir besar bermula minggu hadapan.

BACA: PRABN Keluar Ramalan Awal Kemungkinan Banjir Di Negeri Pantai Timur & Johor

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)