Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hampir Putus Kepala, Lelaki Tetak Jiran Hingga Maut
Gara-gara dipercayai mengenyit mata terhadap isteri jiran, seorang lelaki maut ditetak dalam satu kejadian di Kampung Remesen, Kecamatan Silih Nara, Kabupaten Aceh Tengah pada Sabtu lalu.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Aceh Tengah, Inspektor Deno Wahyudi berkata mangsa, 50, maut di tempat kejadian selepas ditetak suspek, 52, dengan menggunakan parang.
Kata Deno, pihaknya segera ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada penduduk kampung.
Berdasarkan siasatan mendapati, suspek dan isterinya, 28, sedang membaiki saluran air di Dusun Burlah sewaktu kejadian.
Dalam masa yang sama, mangsa turut berada berhampiran tempat kejadian untuk mengeringkan kopi.
Hilang waras kerana cemburu
Bagaimanapun, isteri suspek menghampiri mangsa untuk bertanya kepadanya “Kenapa awak kenyit mata pada saya?”.
Suspek yang menyedari perbualan itu serta-merta berang dan bertindak menyerang mangsa dengan parang.
“Suspek menetak kepala mangsa beberapa kali. Selepas mangsa terjatuh, pelaku mengelar lehernya sehingga hampir putus.
“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian,” kata Deno dalam satu kejadian.
Difahamkan, motif kejadian berpunca daripada suspek yang cemburu kerana mangsa mengenyit mata kepada isterinya.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Datu Beru Takengon untuk proses bedah siasat manakala suspek ditahan di lokasi kejadian bagi menbantu siasatan lanjut.
Tikam Isteri Ketika Live
Terdahulu, seorang lelaki nekad menikam isterinya berkali-kali hingga maut gara-gara cemburu, sering berhubung dengan bekas suaminya, lapor Tribunnews.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sewaktu mangsa sedang melakukan siaran langsung (Live) di Facebook dan berkaraoke bersama ahli keluarga pada malam Sabtu.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sergai, AKP Donny Simatupang, mangsa ditikam sebanyak lima kali oleh suaminya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Tambahnya, suspek yang juga warga Desa Suka Damai Kecamatan Sei Bambam, Kabupaten Serdang Bedagai itu tanpa sebarang bicara bertindak menikam mangsa.
Menerusi rakaman video berdurasi 32 saat, ahli keluarga mangsa lain turut menjerit ketakutan ekoran suspek bertindak menikam mangsa.
Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarga bagaimanapun dilaporkan sudah meninggal dunia.
Sumber: Kompas.com