Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Proton Raih Anugerah Syarikat Automotif
Kredit: proton.com

Proton Dinamakan Syarikat Automotif Terbaik Untuk Pertama Kali Di Anugerah M100

Athirah

Proton Dinamakan Syarikat Automotif Terbaik Untuk Pertama Kali Di Anugerah M100

Proton Holdings Bhd diiktiraf sebagai pemenang sektor dalam industri dan majikan yang bergerak paling pantas dalam Anugerah 100 Majikan Siswazah Terkemuka Malaysia 2024 (M100).

Ia merupakan kali pertama syarikat kereta nasional itu memenangi anugerah tersebut.

Menurut Proton, kemenangan berganda itu menjadi bukti bahawa graduan lebih mengutamakan jenama automotif nasional berbanding jenama lain.

Kememenangan itu juga menjadi bukti bahawa graduan melihat Proton sebagai pilihan utama untuk memulakan kerjaya dalam sektor tersebut.

“Ini adalah kali pertama PROTON mengalahkan dua OEM lain dan merangkul tempat teratas dalam kategori industri automotif pada edisi ke-17 anugerah tersebut

“Anugerah Majikan Terpantas Bergerak juga telah dianugerahkan kepada syarikat itu setelah mencatatkan kenaikan tempat terbanyak dalam kedudukan M100,” kata Proton.

Menurut rekod, Proton berada pada kedudukan ke-86 pada tahun lepas dan naik ke posisi ke-44 pada tahun ini.

PYT melahirkan pemimpin bagi memacu inovasi dalam syarikat

Difahamkan, salah satu usaha PROTON dalam membangunkan bakat baru turut menyumbang kepada kejayaan syarikat berkenaan.

Program PROTON Young Talents (PYT) yang dilancarkan pada 2018 bertujuan untuk mengupah graduan muda yang berpotensi dan membangunkan generasi profesional.

Selain itu, tujuan program ini adalah melahirkan pemimpin yang kemahiran tinggi bagi memacu inovasi dan pertumbuhan di dalam PROTON.

“Program ini telah memainkan peranan penting dalam membentuk tenaga kerja syarikat, dan kejayaannya dicerminkan dalam banyak anugerah yang diperoleh tahun ini,” jelas Proton.

Difahamkan, kohort PYT semasa terdiri daripada 210 orang individu dimana 72 peratus mempunyai latar belakang teknikal, manakala bakinya berasal dari bidang bukan teknikal.

“ Sehingga kini, 259 graduan PYT telah diambil bekerja sejak tujuh tahun yang lalu, termasuk 110 PYT tahun ini, mengekalkan kadar kekal berkhidmat luar biasa sebanyak 81%.,” kata Proton lagi.

Anugerah M100 telah berlangsung pada 7 November

Anugerah M100 yang melibatkan kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan rakan industri seperti TalentCorp.

Majlis berkenaan diadakan pada 7 November lalu di Four Seasons Kuala Lumpur.

Ia diadakan bagi meraikan majikan graduan terbaik dalam 18 sektor berbeza, termasuk perakaunan, perbankan, perundingan, peruncitan dan hospitaliti.

Menurut Proton, setiap keputusan telah diputuskan melalui kajian tahunan tentang penggajian graduan oleh Graduate-to Industry (GTI) Malaysia.

Sebanyak 44,924 undian pelajar dikumpulkan di seluruh Malaysia daripada 220 acara kampung di 169 universiti, termasuk Universiti Antarabangsa Albukhary.

“Kajian tahun ini dijalankan dari Januari hingga September dan menerima undian daripada kumpulan yang lebih besar, iaitu meningkat daripada 37,380 undian tahun lepas

“Para pelajar diminta untuk menyenaraikan majikan yang mereka berminat untuk memohon selepas tamat pengajian dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi proses pencarian kerja serta pemilihan majikan,” kata Proton lagi.

Graduan memilih PROTON sebagai majikan pilihan

Pengarah Urusan GTI Media, Issac Hee berkata anugerah yang diterima menunjukkan keberkesanan usaha keras yang dilakukan oleh Proton untuk mentransformasikan budaya pengupahan.

Malah, anugerah ini turut membangunkan program pembangunan bakat yang menarik bagi graduan.

“Ini sangat mengujakan kerana kita sedang menantikan pelancaran kereta EV pertama yan dihasilkan secara domestik di negara ini

“Saya juga percaya ramai graduan yang mengundi PROTON sebagai majikan pilihan mereka turut teruja untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini.” ujar beliau.

BACA: Brek Tak ‘Makan’ & Bunyi Berdecit? Ini Tanda-tanda “Brake Caliper” Bermasalah & Puncanya

Sumber: Kenyataan media Proton