Dakwa Anak Perempuan ‘Terlalu Cantik’, Ujian DNA Dedah Kisah Mengejutkan
Seorang lelaki membuat keputusan untuk menjalani ujian DNA selepas mendakwa anak perempuannya kelihatan ‘terlalu cantik’ dan langsung tidak menyerupai dirinya.
Keputusan ujian tersebut mengejutkan apabila mendapati bahawa anak itu bukanlah zuriat kandungnya.
Perkara ini menimbulkan ketegangan dalam rumah tangga pasangan tersebut.
Si isteri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan curang, namun kekecewaan si suami memuncak hingga akhirnya pasangan itu bercerai.
Selepas perpisahan, si isteri bersama anaknya berpindah ke bandar lain untuk memulakan hidup baharu.
Tak sangka, ini rupanya kejadian sebenar yang berlaku
Di sekolah baharu, anak perempuan itu berkawan dengan seorang pelajar yang kebetulan berkongsi tarikh lahir dan dilahirkan di hospital yang sama.
Keakraban mereka membawa kepada satu pertemuan antara kedua-dua keluarga ketika majlis sambutan hari jadi bersama.
Namun, sesuatu yang luar biasa berlaku di mana anak perempuan mereka dilihat sangat mirip dengan ibu kepada rakan baharunya.
Akhirnya, kerana ragu, kedua-dua keluarga mengambil keputusan untuk menjalani ujian DNA.
Keputusan ujian itu mendedahkan kebenaran mengejutkan, iaitu kedua-dua anak perempuan mereka sebenarnya tertukar semasa dilahirkan di hospital.
Walaupun insiden ini ‘luar biasa’, kedua-dua keluarga menerima keadaan itu dengan hati terbuka.
Kini, mereka sering meluangkan masa bersama dan menjalin hubungan yang erat.
Namun, sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap hospital yang bertanggungjawab.
Untuk info, kes seperti ini bukan pertama kali berlaku.
Di United Kingdom (UK), dua wanita mengetahui bahawa mereka tertukar ketika lahir selepas menjalani ujian DNA, hanya seelpas 50 tahun.
BACA: Peguam Harvard Bongkar Dakwaan Lokasi ‘Pangkalan Alien’ Di Bumi
BACA: Gelagat Nenek 80-an Jadi “Model” Curi Perhatian Warga Maya
BACA: Wanita Kongsi Video Sambutan Hari Lahir Abah, Bikin Warga Maya Sebak
Sumber: UNILAD