Siakap Keli
Usahawan sembunyi peti harta karun
Gambar: There's Treasure Inside via YouTube

Tular Usahawan Sembunyi 5 Peti ‘Harta Karun’ Bernilai Lebih RM8 Juta 

Tular Usahawan Sembunyi 5 Peti ‘Harta Karun’ Bernilai Lebih RM8 Juta 

Seorang pemuzik yang kini bergelar usahawan, Jon Collins-Black, telah menyembunyikan lima peti harta karun di beberapa lokasi di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Bernilai antara $2 juta (kira-kira RM8.9 juta) hingga $3 juta (kira-kira RM13.4 juta), peti-peti ini mengandungi pelbagai barangan berharga termasuklah:

  • Bitcoin fizikal pertama, Casascius bitcoin
  • Zamrud hijau Colombia
  • Kad Pokémon edisi terkad Shining Charizard 2002
  • Barang antik dari kapal karam
  • Gelas jelly milik George Washington

Collins-Black memulakan idea unik ini hasil daripada keuntungan pelaburannya dalam bitcoin pada peringkat awal.

Sewaktu pandemik COVID-19, beliau memutuskan untuk mengumpul khazanah ini melalui lelongan dan pedagang antik.

Beliau lalu menyembunyikannya dengan tujuan mencipta satu pengalaman pencarian ‘harta karun’ yang menyeronokkan untuk orang ramai.

Difahamkan, lima peti harta ini terdiri daripada satu peti besar dan empat peti kecil yang tidak ditanam atau diletakkan di tanah persendirian.

Pencari tidak perlu melakukan ‘aksi bahaya’ untuk menjumpainya.

Selain itu, segala petunjuk untuk mencari kotak-kotak ini terkandung dalam buku hasil tulisan Collins-Black sendiri, “There’s Treasure Inside”.

Buku tersebut memerlukan pembacaan teliti dan minda yang tajam untuk merungkai klu-klu tersembunyi.

Setiap peti juga merupakan “kotak teka-teki” yang memerlukan sedikit kemahiran untuk dibuka, namun ia dilengkapi arahan agar tidak merosakkannya.

BACA: ‘Lubuk’ Emas Terbaru Ditemui Di China, Dianggar Bernilai RM369 Bilion

Collins-Black mengambil masa lima tahun untuk mengumpul item-item berharga ini melalui lelongan dan pembelian daripada pedagang antik.

Menurut beliau, nilai harta karun ini adalah berdasarkan harga yang dibayar di lelongan. Namun, nilainya boleh berubah, khususnya bagi barangan seperti bitcoin.

Beliau menyatakan bahawa projek ini direka untuk mengimbangi keseronokan dan kesederhanaan tanpa mengundang obsesi melampau.

“Saya tidak mahu orang terlalu teruja sehingga hilang kawalan,” katanya.

Tambahnya, walaupun melepaskan item bernilai tinggi, beliau tidak berasa rugi.

Ini kerana beliau percaya bahawa kegembiraan penemu harta itu kelak adalah ‘ganjaran terbesar’ buatnya.

BACA: Luar Biasa, Karya Pisang Lekat Dinding Terjual RM28 Juta

Difahamkan, projek pencarian harta karun ini diinspirasikan oleh pemburuan harta karun Forrest Fenn, seorang kolektor seni yang menyembunyikan peti berisi emas dan permata di pergunungan Rocky pada tahun 2010.

Walaupun Collins-Black gagal menemui harta Fenn yang akhirnya dijumpai pada tahun 2020, pengalaman itu mendorongnya mencipta pengembaraan sendiri.

Collins-Black menegaskan bahawa beliau tidak berniat menjadikan harta ini sebagai legenda yang berlarutan selepas ketiadaannya.

Dalam tempoh lapan hingga sepuluh tahun, beliau mungkin akan mendedahkan lebih banyak petunjuk jika harta tersebut belum ditemui.

“Saya tidak mahu ia menjadi kisah misteri yang berlarutan hingga bertahun-tahun lamanya.

“Saya hanya mahu ia dinikmati dan dihargai oleh pencarinya,” katanya.

BACA: Tak Mahu Ada Yang Sunyi, Syarikat Bagi Duit Kepada Staf Bujang Yang Bercinta

Sumber: Business Insider

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.