Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Man City Kelab Pertama ‘Gagal Menang’ Dengan Kelebihan Tiga Gol Dalam UCL

Iqbal Yasir
man city gagal menang ucl
Gambar: AFP

Man City Kelab Pertama ‘Gagal Menang’ Dengan Kelebihan Tiga Gol Dalam UCL – Opta

Manchester City menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara (UCL) mendahului dengan kelebihan tiga gol hingga minit ke-75 namun gagal memenangi perlawanan, petik Sporting News.

Menurut Opta, ini merupakan rekod baharu untuk Pep Guardiola, gagal memenangi perlawanan dengan kelebihan tiga gol selepas bergelar jurulatih dalam 942 perlawanan.

Berita itu turut dikongsikan wartawan antarabangsa, Fabrizio Romano di Facebook rasminya.

Dalam pada itu, juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu menjadi pasukan Inggeris ketiga yang gagal memenangi perlawanan UCL meskipun mendahului tiga gol selepas Arsenal pada November 2014 dan Liverpool November 2017.

Mimpi Ngeri City

man city gagal menang ucl
Gambar: AFP

Bermain di Stadium Etihad, tuan rumah turun dengan harapan memburu tiga mata pertama menentang kelab dari Turki, Feyenoord selepas merekodkan lima kekalahan berturut-turut.

Segalanya tampak meyakinkan apabila The Citizens di depan dengan 3 gol menerusi dua jaringan penyerang sensasi Erling Haaland dan satu daripada Ilkay Gundogan.

Bagaimanapun, pada minit ke-75 menyaksikan detik-detik kebangkitan kelab dari Turki itu menerusi gol Anis Hadj-Moussa selepas kesilapan Josko Gvardiol.

Gawang gol City terus dirobek lawan tujuh minit kemudian, kali ini menerusi pemain gantian Santiago Gimenez yang merapatkan jurang gol kepada 2-3.

Gambar: AFP

David Hancko muncul wira Feyenoord dalam kebangkitan kelab itu selepas menanduk masuk bola ke gol lawan untuk mengubah keputusan kepada 3-3, sekali gus meranapkan impian anak-anak buah Pep untuk ‘menikmati’ semula kemenangan.

Keputusan ini menyaksikan Manchester City berada di tangga ke-15 UCL selepas 5 perlawanan dengan 8 mata, hasil 2 kemenangan 2 seri dan 1 kekalahan.

City kini dalam prestasi yang membimbangkan selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan, dengan kekalahan terbesar 4-0 terhadap Tottenham di laman sendiri.

Pasukan itu dijadualkan menentang Liverpool dalam perlawanan liga seterusnya, dimana The Red kini berada dalam prestasi terbaik.

Sumber: Sporting News

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA: Ini Senarai Atlet Malaysia Yang Layak Ke BWF World Tour Finals 2024

BACA: “Dah Dekat Disember…”, Salah Kecewa, Masih Tiada Apa-apa Tawaran Dari Liverpool