Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Tayar Pada Lori
Kredit: truckanddriver.co.uk
Tiada Kategori

Hairan, Kenapa Ada Tayar Lori Terangkat Tak Kena Jalan? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Athirah

Hairan, Kenapa Ada Tayar Lori Terangkat Tak Kena Jalan? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Hampir setiap hari, kenderaan muatan berat sering digunakan sebagai medium untuk menghantar kontena atau barang dalam kuantiti yang besar menuju ke lokasi tertentu.

Maka, tidak hairan mengapa lori, trak atau treler muatan berat ini mempunyai saiz yang lebih besar dan panjang kerana perlu mengangkut barang yang banyak dalam satu-satu masa.

Dalam situasi tertentu, kita mungkin pernah terlihat atau berhenti di samping lori-lori ini, misalnya ketika persimpangan lampu isyarat, kan?

Mata kita akan meliar seketika melihat lori ini dan jika perasan, perasan tak ada lori yang tayarnya terangkat atau tergantung, tidak mencecah permukaan jalan?

Pernah tak terfikir, apa alasanya tayar ini diangkat? Bukankah lori menjadi lebih stabil jika semua tayar digunakan?

Jadi, hari ini SK ingin berkongsi kenapa ada tayar lori yang terapung dan tidak semua tayar sentiasa digunakan.

Rupanya ini maksud tayar ‘terapung’ pada lori

Menerusi portal Driving Test, tayar terangkat yang tidak menyentuh permukaan jalan itu dikenali sebagai gandar terangkat atau lift axle.

Lori atau trak yang membawa muatan berat memiliki lift axle atas beberapa alasan, salah satunya adalah untuk pengagihan beban yang lebih baik.

Lift axle dikatakan dapat membantu mengagihkan beban dengan sama rata, sekaligus boleh meningkatkan kestabilan lori dan mengurangkan tekanan yang ditampung tayar.

Apabila lori tidak membawa muatan, lift axle akan diangkat dan tayar tidak akan menyentuh permukaan jalan juga atas beberapa sebab.

Apabila tidak digunakan, lift axle akan diangkat untuk mengurangkan geseran dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Sekiranya semua tayar digunakan di atas permukaan jalan, maka lebih banyak tenaga diperlukan.

Jadi, apabila tayar tersebut dinaikkan, kenderaan berat ini menjadi lebih cekap dan kos operasi semakin berkurang.

Selain itu, lift axle juga membantu menjimatkan kos penyelenggaraan wear and tear iaitu mengurangkan kadar kehausan tayar ketika lori tidak membawa muatan.

Apabila lori membawa muatan yang berat, tayar berkenaan akan diturunkan secara automatik bagi menambah kestabilan dan menampung beban tambahan.

Secara ringkasnya, jika beban tidak begitu berat, tiada keperluan untuk lift axle itu digunakan.

Begitupun, ada kalanya lift axle diturunkan apabila lori melalui permukaan yang tidak rata kerana lebih banyak tayar yang menyentuh permukaan ketika itu akan menjadikan pemanduan lebih lancar.

Tiga kelebihan apabila kenderaan muatan berat menggunakan gandar terangkat

Menurut portal Yamada Sharyo Co. Ltd, terdapat sekurang-kurangnya tiga kelebihan utama apabila kenderaan muatan berat menggunakan gandar terangkat.

Pertama adalah untuk memanjangkan jangka hayat tayar dan jangka hayat pad brek. Kedua, untuk mengurangkan rintangan bergolek dan meningkatkan kecekapan bahan api.

Akhir sekali, lift axle juga berfungsi untuk mengurangkan kerosakan pada permukaan jalan.

BACA: Pesawat Kargo Terhempas Ketika Mahu Mendarat, Terkena Rumah

Sumber:

Driving Test