Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Mbappe pemain yang luar biasa, golnya akan tiba” – Ancelotti
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menyifatkan penyerang Kylian Mbappe seorang pemain yang luar biasa meskipun pemain itu dikritik hebat susulan gagal menyempurnakan penalti yang mengundang kekalahan Real Madrid pagi tadi, lapor Forbes.
“Tidak semua percaturan berjalan mengikut kehendaknya, tidak mengapa. Dia seorang pemain yang luar biasa dan golnya akan datang juga,” janji jurulatih itu.

Pengendali berusia 65 tahun itu berkata, dia berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya namun mengakui Liverpool lebih layak memenanginya.
“Kami bersaing dan kami berada dalam permainan sehingga penalti, tetapi kami sedikit ‘kurang’ selepas itu. Pada separuh masa pertama kami bertahan dengan baik dan kami boleh mengambil kesempatan lebih baik dalam serangan balas.
“Saya suka pasukan ini (Real Madrid) kerana kami menentang lawan paling sukar di benua Eropah. Keputusan ini tepat, mereka berhak menang.
“Keadaan tidak banyak berubah walaupun kami menang hari ini dan kami belum mampu berada di kelompok lapan teratas.
“Tetapi kami akan merebut semula gelaran seperti yang kami lakukan sebelum ini, dan bermain sebagai satu pasukan semula,” tegas Ancelotti dalam temu bual selepas perlawanan.

Dia memberitahu tidak gentar jika Real Madrid gagal berada di kelompok lapan teratas liga, di mana pasukannya secara automatik akan layak ke pusingan 16 terakhir tanpa perlu mengharungi playoff.
Selepas kekalahan 0-2 ditangan Liverpool semalam, Real Madrid kini berada di kedudukan ke-24 dalam Liga Juara-Juara (UCL) sementara Liverpool kembali merampas takhta puncak selepas lima perlawanan.
Sumber: Forbes