Siakap Keli
Ucapan Penghargaan Graduan
Kredit: @uniklofficialpage via TikTok

“Assalammualaikum Opah…,” Ucapan Penghargaan Graduan Terbaik UNIKL Buat Ramai Sebak 

“Assalammualaikum Opah…,” Ucapan Penghargaan Graduan Terbaik UNIKL Buat Ramai Sebak 

Majlis konvokesyen adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pelajar universiti selepas berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Ditambah lagi dengan kehadiran keluarga tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan, pastinya memori indah tersebut sukar untuk dilupakan.

Detik terindah itu juga menjadi bukti bahawa segala pahit-jerih menuntut ilmu sepanjang beberapa tahun pengajian di menara gading akhirnya terbalas.

Bagi graduan yang dipilih sebagai graduan terbaik universiti pula, inilah peluang untuk mereka berada di atas pentas kerana akan dipilih untuk menyampaikan ucapan penghargaan di hadapan ribuan hadirin pada majlis berkenaan.

Opah dan arwah atuk berkorban besarkannya dan adik-beradik lain

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang graduan lelaki dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memberi ucapan buat neneknya yang meruntun jiwa orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @uniklofficialpage di TikTok, graduan ini difahamkan telah dinobatkan sebagai graduan terbaik di universiti berkenaan.

Ucapan penghargaan beliau yang menghargai segala pengorbanan opah dan arwah datuknya ketika bergelar mahasiswa telah membuatkan orang ramai menjadi sebak.

Selain itu, turut dapat dilihat neneknya dan ahli keluarga yang lain tidak dapat menahan air mata selepas beliau memberi ucapan tersebut.

Kejayaan ini adalah hadiah buat opah

“Terima kasih diatas pengorbanan opah, arwah atuk dan keluarga dalam membesarkan serta mendidik adik dan abang sehingga kami menjadi dewasa dan berjaya hingga ke akhir

“Kejayaan ini bukanlah kejayaan adik, tetapi ianya adalah kejayaan kita semua satu keluarga,” ujar graduan tersebut.

Tambahnya, sekiranya arwah datuknya masih ada, pastinya berasa bangga dan merupakan individu yang paling gembira.

Dalam pada itu, kejayaan ini juga merupakan hadiah paling berharga yang diberikan kepada neneknya bersempena dengan ulang tahun yang ke-78.

Video berdurasi 01:01 minit turut memaparkan graduan berkenaan dan ahli keluarga kerap mengelap air mata sepanjang ucapan berlangsung.

 Video berkenaan mendapat 125.5k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa sedih apabila mendengar ucapan beliau. Dalam pada sama, mereka turut berbangga dengan kejayaan yang dikecapi sehingga ke hari ini.

“Nak nangis pun tak boleh, air banjir semakin naik di sini. Tahniah abang,” komen seorang wargamaya.

“Aku yang tak pernah menangis tengok video macam ini. Tetapi kali ini aku menangis,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: “Makan Orang Pun Boleh Ni”, Ular Sawa Besar & Panjang Jatuh Dari Siling Rumah

@uniklofficialpage

Antara Moment Menyayat Hati Semasa Convo UniKL 2024 Nak tahu lebih lanjut tentang UniKL? Layari www.unikl.edu.my 📲 #WeAreUniKL #UniversitiKualaLumpur #UniKL #UniKLDNA #UniKLnProud #UniKLConvo #UniKLConvo21 #UniKLConvo21st #ClassOf24 #Convo21 #November #WTCKL #RoadToConvo #KKDW #MARA #MARACorpGroup #malaysiamadani #fyp

♬ original sound – Universiti Kuala Lumpur – Universiti Kuala Lumpur

Sumber: @uniklofficialpage via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.