Tanah Runtuh Hempap Rumah, 3 Dilapor Terperangkap
Satu kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah dilapor berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil di Hulu Terengganu, pada petang Jumaat.
Menurut Sinar Harian, tiga orang mangsa turut terperangkap dalam rumah berkenaan.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Aidil Khairim Abd Wahab berkata, panggilan kecemasan melibatkan kejadian berkenaan diterima pihaknya kira-kira jam 4.59 petang.
Seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan dibantu BBP Wakaf Tapai kemudian digegaskan menuju ke lokasi kejadian.
“Maklumat awal diperoleh tiga mangsa terperangkap.
“Mangsa pertama telah berjaya dikeluarkan jam 5.17 petang.
“Operasi menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan dan unit STROM juga telah diaktifkan,” ujar Aidil Khairim seperti dilaporkan Sinar Harian.
BACA: “Assalammualaikum Opah…,” Ucapan Penghargaan Graduan Terbaik UNIKL Buat Ramai Sebak
BACA: Pakai Platisin Je, Lelaki Kongsi Tip Nak Halang Air Banjir Kecil Masuk Rumah
BACA: Youtuber Terkenal Mati Kesejukan Akibat Salji Tebal Ketika Buat “Content” Sendirian Dalam Hutan
Sumber: Sinar Harian