JPS Keluarkan Amaran Banjir Terkini, Penduduk Setempat Diminta Waspada
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini mengeluarkan amaran banjir terkini yang diramalkan akan berlaku di daerah negeri Perak.
Keadaan ini dijangka melibatkan beberapa kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer (km), bermula 2 Disember (hari ini), 12 tengah hari hingga 6 Disember, 11.59 malam.
Difahamkan, hal ini susulan status aras air sungai yang diramalkan menaik dan lebih melebihi aras bahaya.
“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atua lewat dari masa yang dijangkakan dan sekiranya hujan yang signifikan berlaku di kawasan tersebut.
“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” tulis JPS.

Dalam pada itu, anda diminta untuk berwaspada dan peka terhadap perkembangan semasa, terutama keadaan cuaca dan amaran bencana di kawasan anda.
Untuk mengetahui info lanjut berkaitan amaran banjir, anda dinasihatkan untuk melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicinfoBanjir.
BACA: Lelaki Redah Banjir, Selamatkan Banyak Kucing Terkurung Dalam Sangkar
BACA: Banjir: Korban Meningkat Kepada Enam, Jumlah Mangsa Di Seluruh Negara Berkurang
BACA: Petugas Barisan Hadapan ‘Rempuh’ Banjir Untuk Sampai Ke Tempat Kerja, Raih Doa Ramai
Sumber: JPS