Siakap Keli
Pengembaraan Haji
Kredit: TikTok @qoryellia

Dua Sahabat Mula Pengembaraan Berjalan Kaki Dari Perak Ke Mekah Untuk Tunai Haji

Dua Sahabat Mula Pengembaraan Berjalan Kaki Dari Perak Ke Mekah Untuk Tunai Haji

Menunaikan haji itu merupakan rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, jika berkemampuan.

Perjalanan menunaikan haji berbeza bagi setiap Muslim, ada yang mampu mengumpul duit yang cukup membolehkan mereka mengerjakan haji semasa kudrat masih kuat.

Ada juga yang hanya berkemampuan untuk mengerjakan ibadah ini di usia mereka yang sudah lanjut.

Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Bukhari memuat naik satu video di TikTok (@qoryellia) mengenai pengembaraan haji yang dimulakannya pada 1 Disember 2024.

Difahamkan dalam perkongsiannya, Bukhari dan sahabatnya Azizul merancang untuk berjalan kaki hingga ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun 2025.

Dua sahabat berjalan kaki ke Mekah, nak tunai haji tahun depan

Mereka berdua memulakan perjalanan dari Kampung Changkat Lobak, Perak, dan akan memuat naik pengalaman pengembaraan mereka dari awal hingga akhir di TikTok dan Youtube (Hikmah Kembara).

Ramai warga maya yang menyuarakan kerisauan namun sebelum memulakan pengembaraan ini, Bukhari dan Azizul sudah menguruskan segala persiapan yang diperlukan sepanjang perjalanan.

@qoryellia

Assalammualaikum, Ya Rasulullah!!!!!❤️❤️❤️ #caridanterusmencari #pengembaraanhaji #menujumakkah #lambaiankaabah #terimakasihorangbaik #manusiayangpenuhdosa #fypagetiktok #fypforyoupageシ #fypforyou #fyppppppppppppppppppppppp @ACHIKAIZUL

♬ original sound – Mr Apasaja – Suara Hamba

“Semoga setiap langkah dipermudahkan…”

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan perjalanan mereka dan mengambil perkara ini sebagai satu iktibar.

“Moga dipermudahkan urusan tuan berdua. Lagi setahun mereka sampai ke Mekah, kita lagi setahun ada di mana?”

“Menitik air mata aku tengok senyuman mereka yang sudah melangkah. Aku bila?”

“Setiap bekas tapak kaki tuan sepanjang perjalanan akan jadi saksi di akhirat kelak.”

Ada juga segelintir di ruangan komen yang turut menguarkan hasrat untuk melakukan perkara yang sama suatu hari nanti.

“Aku ada niat macam ni, nak merasa solat dalam semua masjid yang ada dalam Malaysia.”

“Seronoknya. Saya nak jalan kaki ke sana juga tapi saya tunggu anak saya besar dulu.”

Semoga usaha dua sabahat ini dipermudahkan dan perjalanan mereka sentiasa berada perlindungan Allah SWT.

BACA: Lelaki Redah Banjir, Selamatkan Banyak Kucing Terkurung Dalam Sangkar 

BACA: Banjir: Graduan Sambut Konvokesyen Di PPS Bachok

BACA: Petugas Barisan Hadapan ‘Rempuh’ Banjir Untuk Sampai Ke Tempat Kerja, Raih Doa Ramai

Sumber: Bukhariellia via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.