Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Graduan Konvokesyen Di PPS
Gambar: TikTok @ Pearlia39

Banjir: Graduan Sambut Konvokesyen Di PPS Bachok

Iqbal Yasir

Banjir: Graduan Sambut Konvokesyen Di PPS Bachok

KOTA BHARU, 2 Dis (Bernama) — Banjir yang melanda negeri ini menyebabkan seorang graduan sebuah universiti awam di Tanjung Malim, Perak terpaksa meraikan hari konvokesyennya di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok Sabtu lepas.

Durratul Alia Mohamad Kamil, 24, berkata dia tidak dapat menghadiri majlis bersejarah itu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selepas rumahnya di Kampung Alur Ganu, Bachok dinaiki air sehingga paras pinggang.

“Kami sekeluarga terpaksa berpindah ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat di sini Khamis lepas. Ketika itu saya masih berharap banjir akan surut keesokannya kerana ikut perancangan, kami akan bertolak (ke Tanjung Malim) pada hari Jumaat.

“Namun paras air semakin meningkat dan impian menghadiri konvokesyen tidak kesampaian dengan saya hanya mampu mengikuti majlis bersejarah itu secara dalam talian di PPS,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata ibu dan bapanya sangat teruja untuk melihatnya menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen itu dan telah membuat persiapan awal termasuk menempah baju baharu.

Durratul Alia berkata beliau telah mengambil jubah konvokesyennya awal bulan lepas sebagai persiapan menanti hari bersejarah itu.

“Saya memang sedih manakala emak dan ayah terkilan sebab memang mereka menantikan saat ini kerana sebelum ini kakak saya menerima ijazah di universiti luar negara dan kami tidak dapat pergi ke sana.

“Namun kami reda dan berlapang dada menerima ketentuan yang telah ditetapkan Allah,” kata siswazah Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab itu yang banyak menerima tawaran sesi fotografi secara percuma daripada pelbagai pihak selepas videonya tular di media sosial.

Beliau berkata dia akan mengambil gambar itu bersama kedua ibu bapanya selepas banjir reda untuk disimpan sebagai kenangan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan Durratul Alia menghadiri majlis konvokesyennya secara dalam talian di PPS sambil memakai jubah dan mendapat tontonan lebih 500,000 pelayar dengan sebahagian besarnya memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Rebah Secara Tiba-Tiba, Pemain Fiorentina Edoardo Bove Dilapor Stabil

BACA: Tiada Keperluan Tangguh SPM, KPM Ada Mekanisme Lengkap Tangani Isu Banjir