Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Satu keluarga akan dapat..”, Khairul Aming Kongsi Apa Mangsa Banjir Peroleh
Banjir yang melanda beberapa negeri susulan hujan lebat mengakibatkan lebih 130,000 orang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga.
Pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan dalam usaha memastikan keperluan mangsa banjir terjaga.
Musibah ini turut menyaksikan ramai pempengaruh turun padang memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
Antara pempengaruh yang turut menyumbangkan bantuan termasuklah Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA.
Pembahagian bantuan kepada mangsa banjir

Dalam klip yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @khairulamingfans, KA memberitahu setiap bantuan yang diterima oleh satu keluarga sudah ditetapkan.
Tambahnya, KA berharap bantuan tersebut dapat membantu dan meringan beban mangsa banjir.
“Jadi, kami berharap ini (bantuan) ini untuk bertahan hingga akhir, sekurang-kurangnya beberapa hari.
Mydin Izin Khairul Aming ambil barang di Premis, bantu mangsa banjir
Semalam, Mydin tampil membantu usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming (KA), dalam misi mulianya untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Dalam sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, memberi kebenaran penuh kepada KA untuk mengambil barangan di premis Mydin tanpa sebarang halangan.
Tambahnya, KA tidak perlu menggunakan kad kredit atau membuat sebarang pembayaran segera.
“Ambil sebanyak mana barang yang diperlukan, tak perlu risau pasal kad kredit atau hantar orang, 20,000 atau 100,000, lepas banjir baru bayar,” ujar Datuk Ameer.
Dalam tempoh hanya dua jam, beliau berjaya mengumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Setakat jam 2 petang, jumlah mangsa banjir di seluruh negara adalah 82,059 orang dengan 322 PPS dibuka di tujuh negeri.
Kelantan menjadi negeri paling banyak mangsa iaitu 48,627 orang melibatkan tujuh daerah (11 PPS).
Sumber: TikTok @khairulamingfans
BACA: Petugas Barisan Hadapan ‘Rempuh’ Banjir Untuk Sampai Ke Tempat Kerja, Raih Doa Ramai
BACA: Lelaki Redah Banjir, Selamatkan Banyak Kucing Terkurung Dalam Sangkar