Siakap Keli
amaran hujan 4 negeri
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri, 2 Wilayah

Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri, 2 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi nanti.

Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran tersebut dikeluarkan bagi seluruh kawasan di Pulau Pinang, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Keadaan di utara menunjukkan hampir keseluruhan Kedah dijangka hujan lebat. Antara kawasan yang tersenarai ialah Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, hujan lebat dijangka landa bahagian utara negeri yang melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama. Hulu Perak dan Kuala Kangsar turut tidak terkecuali.

Beralih ke Pahang, daerah Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin turut tersenarai bakal dilanda hujan lebat.

BACA: Jangan Ambil Mudah, Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Terdahulu, Bernama melaporkan keadaan banjir di Kelantan semakin beransur pulih.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penduduk perlu berwaspada menghadapi gelombang seterusnya biarpun keadaan banjir yang semakin baik.

BACA: Situasi Banjir Di Kelantan Semakin Pulih – Nik Nazmi

Menurut beliau, MetMalaysia telah mengeluarkan laporan cuaca signifikan bagi beberapa hari mendatang.

“Jadi, saya berpesan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengikuti pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) serta semua agensi berkaitan.

“Selain itu, saya juga mendapati kebanyakan keluarga mangsa banjir yang menetap di pusat pemindahan sementara (PPS) beransur pulang ke rumah masing-masing,” ujarnya.

Katanya lagi, bencana banjir tahun ini sememangnya mencabar namun terdapat penambahbaikan dari segi operasi kesiapsiagaan dan pengurusan banjir.

BACA: Jangan Panik, Ini 5 Tip Selamatkan Kereta Selepas Tenggelam Dalam Banjir

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: