Siakap Keli
6 negeri hujan
Kredit: ImageFX

MetMalaysia Jangka 6 Negeri Hujan Lebat Hingga Awal Pagi

MetMalaysia Jangka 6 Negeri Hujan Lebat Hingga Awal Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri sehingga jam 1 pagi nanti.

Menerusi muat naik di laman Facebook, daerah Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah tersenarai dalam kawasan yang bakal menerima hujan lebat. Di Perak, daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang juga turut tersenarai.

BACA: Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak & Labuan Diteruskan

Melihat ke pantai timur, hanya daerah Jeli dan Gua Musang di Kelantan bakal dilanda hujan lebat. Manakala di Pahang, MetMalaysia meramalkan empat daerah bakal hujan lebat iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh.

Beralih ke Sarawak, hanya daerah Limbang (Lawas) yang tersenarai. Di Sabah, hujan lebat dijangka landa daerah Pedalaman (Nabawan).

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan tersebut.

BACA: Jangan Ambil Mudah, Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

Terdahulu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan pada tahap waspada bagi beberapa negeri bermula Ahad ini.

Menerusi amaran tersebut, empat negeri dijangka menerima hujan berterusan bermula 8 hingga 11 Disember nanti. MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di seluruh negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu. Manakala di Kedah, cuaca ini melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di dua negeri dijangka menerima hujan berterusan bermula 9 hingga 11 Disember. Di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin dijangka terlibat. Manakala di Johor, hanya daerah Mersing dan Kota Tinggi tersenarai dalam amaran yang dikeluarkan MetMalaysia.

BACA: Pelik Tapi Menjadi, Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Yang Tak Pernah Dibuat Orang

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: