Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Awal Pagi

Azizah Najib
hujan awal pagi
Kredit: Gambar ImageFX

10 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Awal Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi 10 negeri sehingga jam 1 pagi nanti.

Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran tersebut dikeluarkan bagi daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling di Kedah. Manakala di Perak, hanya Hulu Perak dan Kuala Kangsar dijangka hujan lebat.

Terus ke Selangor, hanya daerah Hulu Langat tersenarai. Di Negeri Sembilan, MetMalaysia menyenaraikan daerah Jelebu dan Jempol bakal dilanda hujan lebat. Di Johor, hanya Segamat dan Mersing dijangka hujan lebat.

BACA: Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

Meninjau keadaan di pantai timur, hujan lebat dijangka landa daerah Jeli dan Gua Musang di Kelantan.

Sementara itu, di Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang tersenarai bakal menerima hujan lebat. MetMalaysia turut meramalkan hujan lebat di kebanyakan kawasan di Pahang. Amaran tersebut meliputi Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

Beralih ke Sarawak, daerah Kapit (Kapit), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang) dijangka hujan lebat. Begitu juga dengan daerah Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) di Sabah.

BACA: Berada Di Kedudukan Istiqbal, Peluang Cerap Musytari Bermula Awal Pagi Esok

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Sementara itu, Bernama melaporkan terdapat lebih 10,000 penyakit bawaan air dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan sebanyak 6,730 kes dikesan menghidap jangkitan pernafasan akut, jangkitan kulit (3,021), gastroenteritis akut (298), konjunktivitis (190), cacar air (chickenpox) (20) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (13).

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan segera dapatkan rawatan jika terdapat simptom dijangkiti.

BACA: Jangan Ambil Mudah, Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Bernama