Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Ribut Petir Hingga Malam Ini

Hannah
Amaran ribut petir
Gambar: BERNAMA

Amaran Ribut Petir Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga jam 9 malam ini.

Dalam kenyataan, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut dan Matang Dan Selama.

“Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak juga tidak terkecuali iaitu Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang.

“Di Sabah pula, daerah yang terlibat termasuklah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Sandakan (Kinabatangan),” tulis METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Dua Negeri

BACA: Minah Saleh Kongsi Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia

BACA: “Ini” Negara Pertama Dijangka ‘Pupus’ Dari Dunia, Tak Sangka Ini Sebabnya

Sumber: METMalaysia