Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Dua Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk di beberapa kawasan di dua negeri hingga 11 Disember (Rabu) ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Terengganu dan Pahang.
“Di Terengganu, daerah yang terlibat adalah Dungun dan Kemaman. Manakala di Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Dalam pada, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan melibatkan tujuh negeri, iaitu Perlis, Kedah. Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor.
“Di Kedah, melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling. Sementara di Perak pula hanya di Hulu Perak.
“Di Terengganu melibatkan beberapa kawasan seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
“Beralih ke negeri Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, dan Bera.
“Di Johor tiga daerah diramal hujan berterusan iaitu Segamat, Mersing dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.
Bagi Perlis dan Kelantan, seluruh negeri itu diramal hujan berterusan hingga Rabu ini.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02ufXukg6jKVefk56GY7AP8FkSqoEc73asRGAVULeZ6RbhFYSqBAgvVyHxmPeSmCoFl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia