Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Harga minyak naik
Gambar: Freepik
Tiada Kategori

Terlupa Tutup Enjin Kereta Masa Isi Minyak, Ini Yang Korang Kena Tahu

Hannah

Terlupa Tutup Enjin Kereta Masa Isi Minyak, Ini Yang Korang Kena Tahu

Pernah tak anda rasa gelisah bila dengar enjin kereta lain masih ‘hidup’ masa tengah isi minyak di stesen? Kalau ya, anda bukan keseorangan.

Perkara ini sering menjadi topik perbualan kerana di mana-mana stesen minyak pun, papan tanda peringatan untuk matikan enjin sentiasa terpampang jelas.

Sama ada anda mengisi minyak di bandar besar atau di tempat terpencil sekalipun, amaran ini memang tak boleh dielakkan.

Malah, ramai pemandu di Malaysia dah terbiasa dengan peraturan ini, seolah-olah ia satu perkara wajib yang semua faham.

Tapi pernah tak anda tertanya, kenapa sebenarnya enjin perlu dimatikan masa isi minyak? Apa yang akan jadi kalau kita biarkan enjin menyala?

Untuk menjawab soalan ini, kami bawakan penjelasan pakar kejuruteraan mekanikal, Dr Aid Fawzal.

Kalau isi minyak tapi terlupa tutup enjin, kereta akan rosak ke?

Menurut Dr Aid Fawzal, membiarkan enjin menyala ketika mengisi minyak tidak akan merosakkan enjin kenderaan anda.

Tapi, ada sebab yang jauh lebih penting kenapa peringatan ini ditekankan, iaitu untuk mengelakkan risiko kebakaran.

“Minyak petrol tu sumber bahan api. Kemudian, kalau enjin dibiarkan menyala, kita sebenarnya meninggikan kemungkinan untuk berlakunya kebakaran.

“Ini disebabkan semasa enjin menyala, ada komponen berhaba daripada enjin, ada sistem elektrik dan elektronik yang boleh berlaku spark,” jelas beliau.

Langkah kecil, elak risiko besar

Dr Aid Fawzal turut menegaskan bahawa langkah mudah seperti mematikan enjin adalah cara paling berkesan untuk memastikan keselamatan di stesen minyak.

“Tak lama pun isi minyak. Lepas isi, nyalakan lah balik enjin. Apalah sangat bertahan panas sekejap berbanding kalau kebakaran berlaku, lagi besar kerugiannya,” tambah beliau.

Jadi, untuk keselamatan anda dan orang lain, pastikan anda matikan enjin setiap kali isi minyak.

Bunyinya mungkin remeh, tapi langkah ini mampu menyelamatkan nyawa dan mengelakkan insiden buruk daripada berlaku.

BACA: Ini Sebab Sebenar Kenapa Ada Cermin Dalam Lif

BACA: Ini 10 Carian Google Paling Tinggi Rakyat Malaysia Buat Pada 2024

BACA: Ini 5 Tip Nak Tahu Telur Masih Segar Atau Sudah Rosak

Sumber: X @AidFawzal