Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Telur Segar
Kredit: Berita Harian

Ini 5 Tip Nak Tahu Telur Masih Segar Atau Sudah Rosak

Siti Nur Ain Natasya

Ini 5 Tip Nak Tahu Telur Masih Segar Atau Sudah Rosak

Telur adalah makanan dan sumber protein yang jadi kegemaran ramai. Dalam mana-mana rumah, stok telur memang wajib ada.

Jarang sekali telur di rumah rosak, sebab biasanya satu papan telur seminggu pun boleh habis licin.

Tapi kalau balik kampung lama, pergi bercuti atau terlupa ada stok telur dalam peti sejuk, mungkin ada yang tersimpan terlalu lama sampai dah tak elok.

Kalau jadi macam ni, penting untuk kita periksa dulu kesegaran telur sebelum terus digunakan dalam masakan.

Jangan ambil mudah, makan telur yang sudah rosak boleh sebabkan keracunan makanan, dan paling teruk boleh bawa maut.

Justeru, SK hari ini akan kongsikan 5 tip untuk tahu telur masih segar atau tidak, yang dikongsi oleh Hello Doktor. Tip yang keempat mungkin ramai tak tahu.

Anda hendak masak telur, tetapi tidak pasti sama ada telur yang disimpan itu masih elok atau tidak. Ada yang kata, telur elok tenggelam dan telur yang sudah busuk akan terapung.

Bagaimana untuk mengetahui keadaan telur yang masih elok dengan tepat? Lihat tip yang kami kongsikan di bawah ini.

Berapa lama telur boleh disimpan?

Sebenarnya, telur boleh bertahan lama jika anda menyimpannya dengan betul.

Bagi telur yang tidak disimpan dalam peti sejuk, ia boleh bertahan antara satu hingga tiga minggu bermula daripada tarikh ia dikeluarkan.

Manakala bagi telur yang disimpan dalam peti sejuk, ia masih elok dalam tempoh empat hingga lima minggu.

Anda boleh merujuk tarikh pengeluaran telur sama ada pada kotaknya atau pada kulit telur itu sendiri.

Sebelum masak telur, buat 5 perkara ini dahulu

Bagi anda yang ingin menggunakan telur dalam masakan, anda disarankan untuk melakukan lima perkara ini terlebih dahulu.

Lebih-lebih lagi jika telur yang dibeli sebelum ini telah disimpan agak lama.

#1. Semak tarikh luput telur

Antara cara yang paling mudah dan asas untuk melihat keadaan telur adalahh dengan memeriksa tarikh luputnya.

Biasanya syarikat pengeluar telur akan meletakkan tarikh luput pada kotak telur.

Ada juga pengeeluar yang mungkin meletakkan tarikh pengeluaran telur pada pek pembungkusan.

Jadi, jika ia telah disimpan lebih 30 hari daripada tarikh pengeluaran, maka telur tidak lagi dianggap segar.

Namun, untuk memastikan anda tidak terus membuang telur ini kerana ia mungkin masih elok, sila lihat cara kedua di bawah ini sebelum masak telur.

#2. Hidu bau telur

Menghidu atau mencium telur merupakan antara kaedah paling mudah dan dipercayai untuk menentukan keadannya.

Telur yang sudah mula rosak atau tidak segar akan mempunyai bau yang agak berlainan daripada telur yang masih segar.

Biasanya, ia akan mula berbau sedikit busuk tidak kira sama ada telur mentah atau yang telah dimasak.

Jika masih tidak pasti, anda boleh memecahkan telur ke dalam mangkuk dan menghidunya.

Telur yang rosak akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan berbanding telur segar.

#3. Lihat keadaan telur sebelum masak telur

Selain daripada bau dan tarikh luput, anda juga boleh melihat keadannya terlebih dahulu sebelum memasak telur.

Pertama sekali, lihat sama ada kulit telur telah merekah, berhabuk atau berlendir.

Jika kulit telur telah merekah dan mengeluarkan lendir, besar kemungkinan ia telah dijangkiti bakteria.

Manakala kulit telur yang berhabuk atau mempunyai serbuk, ia mungkin tanda telah diserang kulat.

Jika anda mahu, anda juga boleh memecahkan telur dan melihat kandungannya sendiri.

Sebarang tompok warna yang agak ganjil atau kuning telur sudah menjadi pucat, ia tanda telur telah dijangkiti bakteria.

Begitu juga jika telur menjadi agak cair dan kuning telur pecah dengan sendirinya, ia bermaksud telur tersebut sudah rosak.

#4. Buat ujian terapung

Telur elok tenggelam? Ya, telur elok tenggelam merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk menguji kesegaran telur sebelum mula masak telur.

Anda hanya perlu sediakan semangkuk air dan masukkan telur ke dalam mangkuk tersebut.

Sekiranya telur tenggelam tetapi agak senget ke atas, ia mungkin sudah berusia satu minggu.

Namun, jika telur masih lagi tenggelam tetapi dengan kedudukan menegak ke atas, ia mungkin sudah berusia 3 hingga 4 minggu.

Pada usia ini, telur masih boleh dimakan tetapi sudah tidak segar.

Walau bagaimanapun, jika telur terapung sepenuhnya, ia tanda telur sudah rosak dan tidak boleh dimakan lagi.

#5. Suluhkan cahaya sebelum masak telur

Kaedah terakhir ini mungkin agak jarang dilakukan, namun ia juga boleh membantu anda mengetahui keadaan telur.

Anda hanya memerlukan bilik atau ruang yang agak gelap dan sumber cahaya terang seperti lampu suluh. Letakkan lampu suluh pada hujung telur yang balik besar.

Kemudian condongkan telur dan gerakkannya ke kiri dan kanan dengan cepat.

Anda boleh melihat gerakan poket udara dalam telur.

Telur yang masih segar mempunyai ruang udara yang masih kecil. Manakala bagi telur yang sudah lama, ruang udaranya lebih besar disebabkan kehilangan kandungan air dalam telur.

Kesimpulan

Seeloknya, anda lakukanlah lima perkara ini sebelum mula memasak telur di rumah.

Lebih-lebih lagi jika anda sendiri sudah terlupa beberapa lama anda mengimpan telur tersebut.

Cara ini boleh mengelakkan diri anda daripada termakan telur yang sudah tidak segar atau rosak.

Semoga bermanfaat.

BACA: “Makanan dari langit..”, Lelaki Berniaga Tepi Tingkap Curi Perhatian Ramai

BACA: Kakak Kongsi Gelagat Adik Minta Izin Makan Burger, Bikin Warga Maya Terhibur

BACA: Istana Pahang Nafi Tengku Mahkota Pahang Akan Kahwin April Tahun Depan

Sumber: Hello Doktor