Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Adik Minta Burger
Kredit: TikTok @kentangcantikk._

Kakak Kongsi Gelagat Adik Minta Izin Makan Burger, Bikin Warga Maya Terhibur

Siti Nur Ain Natasya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kakak Kongsi Gelagat Adik Minta Izin Makan Burger, Bikin Warga Maya Terhibur

Dalam hubungan adik-beradik, ada saja ragam yang membuatkan kita tersenyum.

Daripada bergaduh kecil, hingga gelagat lucu yang tak dijangka.

Momen-momen inilah yang sering menceriakan hari dan menjadi memori indah untuk dikenang.

Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan gelagat seorang adik lelaki meminta izin untuk makan burger.

Video tersebut, yang dikongsi oleh pengguna TikTok @kentangcantikk._, berjaya mencuri perhatian ramai dengan aksi comel dan adab sopan si adik yang membuat warga maya tersentuh.

Kisah bermula apabila si adik menemui sebiji burger yang ‘tidak bertuan’ di rumah.

Daripada terus menyantap, dia memilih untuk menghantar kiriman audio ke dalam kumpulan WhatsApp keluarga untuk meminta izin.

“Nak tanya. Ni burger siapa? Boleh tak adik makan? Please,” katanya sambil menyertakan gambar burger tersebut sebagai bukti.

Namun, si adik tidak berhenti di situ. Dalam usaha ‘menyiasat’, dia terus membuat spekulasi tentang pemilik burger itu.

“Ini tak mungkin angah punya sebab angah takde di sini. Ibu dan ayah takde beli, adik takde beli, nenek pun takde beli,” katanya lagi.

BACA: Ini Kata Pelajar Mat Saleh Tentang Budaya Mamak Di Malaysia, Perkongsian Tarik Perhatian Ramai

Ketelitian si adik membuatkan keluarganya terhibur.

Namun, ‘penyiasatan’ itu akhirnya terjawab apabila si abang memberikan jawapan bahawa burger itu milik ‘along’.

Si abang juga berkata akan membelikan si adik burger.

“Tolong belikan untuk adik, nak sos sikit je sebab adik tak suka pedas. Kalau pedas adik mengamuk,” kata si adik.

Gelagat si adik tidak hanya mencuit hati keluarga, tetapi juga warga maya yang menonton video tersebut.

Rata-rata memuji sikap sopan si adik yang tetap meminta izin sebelum mengambil sesuatu yang bukan miliknya, walaupun ia hanya sebiji burger.

“Bagus didikan mak ayah adik ni. Setidaknya diajarkan minta izin dulu walaupun mungkin dah lapar,”

“Bahagian hujung tu macam dah tengah kunyah burger je, tapi tetap acik nak puji sebab minta izin dulu,”

“Semoga adik ni membesar jadi insan yang terus sopan dan beradab macam ni,”

BACA: Anak Kongsi Perbualan Sebelum Ayah ‘Pergi’ Buat Ramai Sebak

BACA: Taeyang “Cover” Lagu Sheila Majid Di Konsert Solo

Sumber: Syera via TikTok