Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Sebab airplane mode dalam pesawat
Kredit: @perchpoint via TikTok

Ini Sebab Penumpang Perlu Aktifkan “Airplane Mode” Dalam Pesawat

Athirah

Ini Sebab Penumpang Perlu Aktifkan “Airplane Mode” Dalam Pesawat

Kita semua sudah biasa dengan arahan untuk menetapkan telefon bimbit ke mod pesawat (airplane mode) setiap kali kapal terbang bersiap sedia untuk berlepas atau mendarat.

Namun, pernahkah anda tertanya-tanya, apakah sebenarnya sebab di sebalik arahan ini?

Arahan ini sering dianggap remeh oleh sesetengah penumpang, namun ia sebenarnya mempunyai alasan yang kukuh.

Oleh itu, seorang juruterbang tampil menjelaskan perkara tersebut dan memberikan jawapan yang menarik perhatian ramai.

Menurut juruterbang tersebut, gelombang radio daripada telefon bimbit yang tidak berada dalam mod pesawat berpotensi mengganggu sistem komunikasi dalam kokpit, khususnya set kepala juruterbang.

“Butang mod pesawat pada telefon anda bukanlah satu konspirasi,” kata juruterbang itu menerusi TikTok @perchpoint.

Dalam video itu, beliau berkongsi pengalamannya baru-baru ini semasa menerbangkan pesawat. Beliau ketika itu sedang menunggu arahan pelepasan sambil memakai set kepala.

Namun, arahan yang diterima terganggu akibat bunyi seperti “nyamuk” di telinganya.

“Ia sangat menjengkelkan apabila anda cuba menyalin arahan, tetapi bunyi seperti tebuan atau sesuatu berterbangan mengganggu komunikasi,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa gangguan tersebut berpunca daripada gelombang radio yang dihasilkan apabila telefon bimbit cuba berhubung dengan menara pemancar.

Gangguan ini mungkin tidak menyebabkan pesawat terhempas, tetapi ia cukup menyukarkan tugas juruterbang.

Jadi, kenapa mod pesawat penting?

“Jika anda ingin tahu mengapa anda perlu menggunakan mod pesawat, inilah sebabnya,” tegas juruterbang itu.

Gelombang radio yang dihasilkan oleh peranti elektronik boleh mengganggu gelombang radio pada set kepala juruterbang, sekali gus menyukarkan komunikasi dengan menara kawalan.

Inilah sebab utama penumpang dinasihatkan untuk mengaktifkan mod pesawat sepanjang penerbangan.

Setiap arahan keselamatan yang diberikan dalam penerbangan mempunyai sebab yang kukuh.

Dengan memahami kepentingan mod pesawat, kita boleh membantu juruterbang menjalankan tugas mereka dengan lebih baik.

Bukan itu sahaja, kita turut menyumbang kepada pengalaman penerbangan yang lebih selamat dan selesa untuk semua.

Semoga bermanfaat.

BACA: Pernah Bacaan Gula 21.2, Pemuda Menangis Teresak-esak Disahkan Hidap Kencing Manis

BACA: Pernah Bacaan Gula 21.2, Pemuda Menangis Teresak-esak Disahkan Hidap Kencing Manis

Sumber: